Tips Cari Literature Review 101 - Blog Neuron Nazeerah
Literature review masa tulis proposal antara yang paling tak suka? Siapa geng? Entri ringkas sahaja nak bagi checklist apa yang boleh Naz kongsi untuk manfaat bersama.
Cari Literature Review Yang Paling....
- Cari guna Google Scholar. Sebab kalau cari pakai Google biasa dikhuatiri terdownload predatory jurnal lah pulak. Google scholar ini kira macam kaum kerabat yang boleh dipercayai. Google biasa macam banyak membawang sikit. Biasalah dunia internet ini luas.
- Lepas jumpa jurnal yang korang nak sejak azali, jangan lupa bookmark tanda bintang. Nanti taklah korang terdownload jurnal yang sama.
- Kena tengok juga jurnal itu ada orang cited atau tidak. Kalau yang banyak orang cited lagi bagus.
- Guna mod incognito kalau rajin, sebab bila korang dalam proses pencarian jurnal, jurnal yang korang dapat dan tengok itu tak ada konsep bias. Sebab kerja machine learning (ML), ML akan baca dan learn korang punya behavior/tingkah laku. Kadang, masa cari jurnal ML akan cadangkan jurnal dekat tepi tu kan? Ya, ada bagus juga tapi bagi yang kadang-kadang sahaja agak mengganggu. Jadi bila cari dalam mod incognito, ML tak baca korang dan everything is fresh! No bias. Ini terutamanya, masa mula-mula korang nak start cari jurnal, kalau dah jumpa core jurnal yang korang nak, tak guna mod incognito pun ok.
- Bila jurnal yang korang nak sangat itu tiada pdf atau berbayar, korang boleh masuk pakai Google biasa ada juga pdf disitu, banyak yang dah upload. Pastikan download jurnal yang betul.
Itu sahaja tips 101, kalau ada lagi tips, Naz akan kongsikan pada masa akan datang. Insya-Allah....lain topik, lain masalah.
Baca juga artikel berkaitan:
Semoga bermanfaat!
Post a Comment