Header Ads

Tips Penjagaan Muka - (SLOT OTAK KANAN)

Tips jaga muka yang asas sangat senang semua boleh buat tak kira usia. Sebab umur itu hanya nombor, yang muda nampak tua dan yang tua nampak muda ada jerr...kan? Ok tak nak bahas lebih pasal ini. Jom baca tips mudah nak jaga muka Naz kongsi sini. Hehe. Eksklusif tulus dari diri hanya di blog neuron nazeerah tau! Jom baca.

tips penjagaan kulit slot otak kanan blog neuron nazeerah

MINUM TEH PANAS TANPA GULA

Teh ada anti-oxidant, benda yang ada elemen ini bagus untuk melawan radikal bebas selain jaga kulit ia juga dapat menyihatkan kulit dan kenapa tanpa gula? Ya sebab gula tak berapa elok untuk kita, yang baru nak cuba mesti rasa janggal, tapi cuba dulu baru boleh serasikan.

Selain itu, amalan ini juga dapat melambatkan proses penuaan iaitu awet muda. Cantik secara semulajadi. Oh teh juga detox buang toksin secara tak langsung selain badan detox, muka anda pun akan sekali jadi bersih dan tak ada toksin terkumpul dan jerawat susah nak naik.

CUCI MUKA 

Kalau skip cuci muka sekali sekala tak apa, yang tak ok bila tak cuci muka dan mengamalkan kebersihan selepas anda makeup. Cuci muka sebelum tidur amat ditekankan, ya samalah macam berus gigi sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

JANGAN PICIT JERAWAT!

Ha, yang ini ramai buat tak? Kalau anda tak nak tertinggal parut jerawat, jangan picit jerawat, kalau jerawat tumbuh, biarkan sahaja, sehingga dia surut.

Konsep picit ini sama macam trauma. Trauma ini secara mudah anda bagi tekanan kepada sel disekeliling. Contoh lagi kalau kepala anda terhantuk, itu dikira berlaku trauma. Kepala yang terhantuk itu sel-sel disekeliling pun turut serta sakit kan? Ya sama juga bila anda picit jerawat, kemungkinan akan ada lagi jerawat kedua tumbuh dan merebak. Jadi, jaga-jaga ok.

JANGAN TERLALU MANJAKAN KULIT

Ini rahsia, kalau baca kat lain pun tak dapat hehe! Manjakan kulit ini macam anda terlalu taksub pakai produk atau krim yang entah apa-apa. Kulit akan jadi sensitif dan semakin manja.

Manja sehinggakan kena panas sikit, nampak merah dan sun burn pun senang ada. 

PILIH PRODUK KOSMETIK YANG BAGUS DAN BERKUALITI

Ada produk yang beracunlah dan toksin. Buatlah kajian sedikit tentang produk yang anda nak beli. Rujuk KKM, NPRA... kan ada semua itu. Kenapa kita senang terjebak dengan produk yang membahayakan kesihatan kulit kita kan?

MAKEUP SECARA BERHEMAH

Ya memang tak dinafikan yang anda akan makeup juga walaupun hanya pakai bedak asas. Pastikan anda makeup tidak terlalu keterlaluan sampai muka jadi berat... LOL!

Makeup tebal sekali-sekali kira oklah yang setiap saat hari itu agak memberi ketidakselesaan kepada tekstur kulit kita.

JADI ORGANIK A.K.A BE ORGANIC

Organik ini atau erti kata lain amalkan makan buah dan sayur tak semestinya mesti avokado bagai, kalau ada makan, kalau tiada cari buah dan sayur yang senang anda dapat disekeliling seperti buah timun, tembikai, sawi, epal, pisang dan seumpamanya.

PENUTUP

Kalau anda perasan perkongsian Naz tak terhad kepada pemakaian produk sahaja, ia merangkumi cara hidup kita seharian dalam memastikan kulit dan kesihatan kita di tahap yang baik dan optimum. 

Penjagaan kulit ini bukan hanya pada luaran, malah juga dalaman iaitu dari segi pemakanan kita. Selamat beramal semua! Jumpa lagi di entri SLOT OTAK KANAN nanti ya!


Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.