Header Ads

Wanita Wajib Tahu Kalau Nak Kulit Sihat dan Cantik - (SLOT OTAK KANAN)

Jumpa lagi kita dalam slot otak kanan blog Neuron Nazeerah memaparkan isu-isu yang lebih dinamik untuk kepentingan bersama. Kali ini pasal kulit, sebab wanita sekarang makeup bukan penyelesaian untuk kecantikan kulit, sebaliknya jagalah kulit kita dengan cara yang sihat, betul dan selamat. 

Herba and chinese medicine blogger neuron nazeerah


Perkongsian ini sangat eksklusif anda takkan dapat dimana-mana portal lain mungkin sama namun Naz ada tambahan yang mungkin kita terlepas pandang. Secara ringkas, ada 3 elemen isi yang Naz nak kongsikan iaitu tabiat, pemakaian produk dan nutrisi.

Tabiat: Tidur Yang Mencukupi

Ramai yang terlepas pandang tentang waktu tidur yang optimum. Bila kita tidur, sel-sel akan diperbaharui dan dapat rehat secukupnya untuk membesar dengan baik.

Kurangkan berjaga malam dan jaga waktu tidur anda secara konsisten. Contoh, kalau anda tidur pukul 12 malam, pastikan waktu tidur tersebut dipatuhi. 

Tabiat: Mencuci Muka

Cuci muka dengan pencuci muka yang anda guna itu setiap hari. Kita pun mandi setiap hari kan, begitu juga dengan muka kita untuk mengelakkan daripada bakteria yang tak nampak dengan mata kasar.

Kebiasaannya, cuci muka sebelum tidur dan selepas bangun tidur untuk hari biasa. Kalau anda makeup, cuci secara total.

Tabiat: Penjagaan Emosi

Emosi berkait rapat dengan hormon. Pernah tak jumpa orang yang tumbuh banyak jerawat sebab dia stress tambahan ada juga yang jenis pening kepala. Ini tidak elok kalau berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Bila hormon bermasalah, akan berlaku ketidakseimbangan ketahanan diri dalam badan manusia.  

Tabiat: Senaman Awal Pagi

Awal pagi sebab nak dapatkan vitamin D secara semulajadi melalui sinaran matahari yang sekali lagi awal pagi, bukan sinaran di tengah hari. Sambil bersenam, sambil cantik. LOL.

Pemakaian Produk: Bebas Bahan Kimia Yang Merbahaya

Jangan salah faham ye, bukan bebas bahan kimia sebab sesuatu benda kalau dah jadi produk itu memang ada bahan kimia cumanya disini bahan kimia yang dimaksudkan adalah jenis yang mermbahayakan kesihatan.

Biasanya kita dengar paraben kalau ada bahan ini seeloknya jangan pakai dan beli pun. Ada je produk yang tiada paraben ini. Nak tak nak je anda beli. Tepuk dada tanya diri.

Pemakaian Produk: Pelindung Sinaran UV

Kenapa sinara UV? Sebab sinaran ini boleh tembus kulit muka. Bahasa mudah sinaran UV ini tak kalislah dengan kulit muka manusia. Ikut keadaan kalau yang jenis banyak kena cahaya matahari, seeloknya pakai untuk pelindung muka. 

Beli yang SPF50 dan keatas sebab tahapnya dikatakan baik dan sesuai dalam melindungi kulit muka secara optimum. 

Pemakaian Produk: Toner, Pelempab, Serum, Vitamin

Untuk toner, ada wanita yang tak pakai. Toner untuk menyegarkan muka dan menutup liang-liang pori muka. Toner juga adalah pilihan untuk mereka yang mempunyai kulit kering kerana toner juga boleh melembapkan kulit.

Ada kan yang jenis kulit kering sampai yang menggelupas. Toner juga elok diamalkan bagi wanita yang mempunyai masalah kulit berjerawat, berminyak, kurang nutrisi dan suram.

Kandungan toner itu sendiri yang sedia maklum selain dari bebas alkohol, toner mengandungi bahan penting dalam kesihatan kulit iaitu hyaluronic acid, alpha hydroxy acid (AHA), beta hydroxy acid (BHA)salicy lic acid, glycerin, anti-oxidant (dari ekstrak herbal terpilih), niacinamide, vitamin E, sodium PCA, vitamin C dan coenzyme Q10 (CoQ10).  

Naz syorkan dan rasakan bagi mereka yang tak suka pakai krim, pelembap atau serum boleh mula guna toner ini lepas anda cuci muka. Kalau yang tak pakai serum pun boleh guna toner sahaja dahulu sebab ada yang Naz tahu ada kulit muka yang sensitif kepada serum dan serum pun banyak kandungan yang berbeza-beza. 

Pemakaian Produk: Jangan Pakai Produk Timbang Kilo

Kecoh kan bila sebut produk timbang kilo ni! Hehe. Sebabnya adalah tidak mengamalkan Good Manufacturing Practice (GMP) dalam pembuatan dan pemprosesan produk. 

Anda mesti rasa biasa sahaja tetapi kita tidak tahu bahan bioaktif apakah yang betul-betul berguna kepada kulit muka, mungkin jika tidak mengikut standard GMP maka ia boleh jadi beracun atau toksik kepada muka. Tambahan pula dengan tahap kebersihan dan kualiti sesuatu produk yang dihasilkan. Itu yang tumbuh jerawat lah kan? Setuju?

Nutrisi: Minum Air Yang Mencukupi

Paling senang air, paling susah untuk diamalkan setiap hari...LOL. Ada yang tak suka minum air putih...bukan air manis ye. Boleh cuba amalkan minum 2-3 gelas dahulu kemudian, akan terbiasa. 

Selalunya, amalkan air selepas bangun tidur seelok-eloknya sebelum makan pagi, kita bedal air dulu! Bagus untuk pengaliran darah, membuang toksin, membekalkan nutrien kepada badan.

Satu lagi sebelum anda nak tidur, teguklah air putih dahulu. Biarkan jadi tabiat lama-lama anda akan terbiasa dengan rutin ini dan secara autmatik akan mengingati sekiranya anda lupa untuk minum air pada waktu tertentu.

Nutrisi: Pemakanan Yang Seimbang

Dari segi pemakaian produk, ianya untuk luaran. Untuk dalaman, apa lagi pemakanan seharian anda. Ini sangat penting sebab sesetengah kulit bermasalah itu berkesan melalui cara pemakanan kita dan sesuatu perkara yang menyebabkan kulit kita bermasalah juga datangnya daripada cara kita makan.

Antara makanan dan nutrisi dalam pengambilan seharian yang boleh anda amalkan: 
  1. Telur (Vitamin D)
  2. Bua-buahan dan sayur-sayuran (Vitamin C dan Vitamin E)
  3. Ikan (Omega3)
  4. Pemakanan sunnah
Ada juga yang beli makanan tambahan macam capsule, untuk capsule Naz rasa beli yang biasa-biasa dulu macam Vitamin C dan Omega3 / minyak ikan tu kan. Sebab jangan terbiasa dengan supplemen ini bahaya dalam jangka masa jika kita terlalu bergantung dan perlu jaga kesihatan buah pinggang juga dengan meminum banyak air.

Sebelum makan makanan tambahan, pastikan makan dahulu jangan makan makanan tambahan dalam keadaan perut anda kosong. 

Tips Tambahan

Boleh amalkan minum teh / teh hijau panas tanpa gula untuk rahsia awet muda dan menjaga kekuatan tulang dan gigi!

Penutup

Segala perkongsian adalah untuk manfaat bersama. Setiap individu berbeza daya ketahanan dan ada yang mempunyai masalah dan amalkan secara organik sahaja, mereka sudah ok dan ada yang sebaliknya.

Penafian: Sekiranya anda mempunyai masalah yang serius, sila dapatkan nasihat dan rawatan yang berkaitan. 

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.