Header Ads

Ambil Iktibar Penderita Ketakutan Kepada Benda Buruk atau Tidak Cantik - (SLOT OTAK KANAN)

Dalam bidang neurosains, kami diajar dengan pelbagai jenis ketakutan atau fear dan ianya ada tersangatlah banyak antaranya untuk entri kali ini adalah Cacophobia (The fear of ugliness) iaitu ketakutan melihat kedua-dua samada objek atau orang yang buruk barangkali. Nama pun suatu penyakit, jadi agak tidak masuk dek akal disitu kan? LOL! Mungkin agak jarang dan aneh juga ya.

cacophobia ketakutan kepada benda hodoh otak kanan neuron nazeerah

Semestinya, orang yang ada cacophobia ini terganggu emosi mereka. Bagi kita yang normal, mungkin biasa namun bagi penderita sebegini mungkin mereka lagi memahaminya.

Ciri-ciri Cacophobia

Gangguan emosi yang keterlaluan dan berterusan. Sesuatu perubahan yang tidak normal dan berlainan dengan norma emosi seseorang manusia yang normal.

Selain itu, mereka akan berasa cemas dan takut apabila berhadapan dengan situasi sebegini.

Kesukaran dalam pergaulan dan lebih bersifat mengelak dalam berhadapan dengan objek atau orang yang dikatakan atau dirasakan buruk itu yang mungkin orang normal tidak melihat buruk pun.

Buruk atau hodoh adalah sangat subjektif dan ini juga berbeza pada setiap individu.

Masalah Cacophobia

Masalah atau kesukaran dari segi pengesanan atau diagnosis mereka yang mengalami masalah ini secara menyeluruh.

Naz bagi contoh, kita boleh nampak orang yang ada masalah seperti takut darah, takut kucing dan takut ketinggian. Namun, untuk cacophobia tidak sebegitu senang untuk dikesan atau sukar sedikit. 

Ketakutan Yang Keterlaluan dan Berlebihan

Orang yang menderita cacophobia akan berubah dan menunjukkan emosi mereka apabila setiap kali terdedah atau melihat sesuatu objek yang hodoh atau buruk.

Ianya berlebihan kerana sesuatu perkara tersebut tidak seharusnya ditakuti sama sekali. Tambahan pula, objek atau orang yang buruk tidak memberi suatu ancaman kepada manusia pun.

Tidak Normal dan Diluar Kawalan

Kejadian ini berlaku secara automatik kepada penderita cacophobia itu sendiri. Benda yang tidak munasabah ini tetap akan menyerang emosi mereka dan menjadi tidak rasional.

Simptom atau Gejala

Kegelisahan, ketidakselesaan kepada individu terbabit yang seterusnya mengganggu tingkah laku, menjejaskan kualiti kehidupan dan kebahagiaan serta kesejahteraan mereka.

Mereka juga dikatakan mengalami masalah kognitif, takut dan bimbang.

Mereka juga akan mengalami beberapa gejala yang bersifat fizikal:
  1. Mulut jadi kering
  2. Pernafasan yang cepat dengan peningkatan kadar denyutan jantung
  3. Berlaku kekejangan otot, sakit kepala/pening dan sakit perut (brain-gut connection)
  4. Berpeluh secara berlebihan di seluruh badan
  5. Berasa mual atau muntah
  6. Rasa berdebar-debar
  7. Rasa otot-otot iris bertindak balas terhadapa ketakutan tersebut dimana sistem saraf parasympatetik menjadi aktif dan meningkatkan tindakan refleks
Mereka yang mengalami cacophonia ini juga lebih cenderung untuk melarikan diri dan mengelak. Ini kerana mereka tidak mahu jumpa atau bersentuhan dengan objek atau orang yang dikatakan buruk atau hodoh itu.

Diagnosis

Kebiasaannya, pakar psikologi akan membuat ujian yang dinamakan sebagai Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-V) yang berkaitan elemen mengesan cacophobia ini.

Punca

Ada banyak elemen yang mungkin menjadi punca atau faktor kepada terjadinya cacophobia ini terhadap seseorang individu:
  1. Pendidikan awal yang diterapkan kepada istilah hodoh atau buruk ini.
  2. Faktor genetik yang mempunyai sejarah keluarga atau keturunan.
  3. Faktor kognitif dimana sesuatu persepsi yang negatif telah dimasukkan kedalam pemikiran tentan istilah hodoh atau buruk ini.

Rawatan

Dapatkan nasihat atau rawatan psikoterapi dengan pakar atau berjumapa dengan ahli psikologi yang bertauliah. Jangan hanya memakan ubat-ubatan sahaja seperti yang Naz terangkan diatas puncanya datang dari elemen yang berlainan setiap individu.

Kebiasaannya, konsep rawatan ketakutan ini akan diberikan teknik rangsangan terhadap objek tersebut kepada penderita secara beransur-ansur dengan matlamat untuk memberikan suatu situasi membiasakan diri kepada pesakit. 

Selain itu, ada teknik kognitif juga dalam mengubah persepsi atau cara pemikiran mereka dan teknik relaksasi dalam kaunseling untuk mengurangkan kesan gejala yang melibatkan kegelisahan.

Penutup

Wah! Itu sahaja coretan tentang cacophobia kali ini. Ada yang berpengalamaan berhadapan dengan situasi sebegini? Jangan khuatir, dapatkan rawatan segera supaya kembali sembuh dan normal ok. 

Jumpa lagi dientri SLOT OTAK KANAN lagi!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.