Header Ads

Makeup Patuh Syariah - (SLOT OTAK KANAN)

Amboi tajuk memang macam ini hehe sebab makeup ada patuh syariah juga ya. Ok kan tajuk ini? Sekadar kongsi kebaikan untuk manfaat semua. Bukan sekadar makeup, tapi ianya perlu dihiasi dengan kesederhanaan.

makeup patuh syariah slot otak kanan blog neuron nazeerah

Tidak Berlebihan

Pesanan untuk diri-sendiri juga ini dan semua yang makeup atau bersolek supaya ianya tidak tabaruj iaitu secara berlebihan sehingga mendedahkan aurat. Tapi kalau kau dah muka ok itu, makeup sikit saja dah oklah kan? Makeup tebal-tebal nampak lagi tak ok rasa kan? LOL. Cuba anda tanya sesiapa beza makeup nampak natural atau nampak keterlaluan?

Tidak Cukur Kening

Naz tak nak petik ayat-ayat sebab takut tersilap petik hehe maklumlah bukan ahli tapi kita semua tahu yang cukur kening haram sebab mengubah ciptaan Allah (S.W.T). Nampak lagi pelik adalah. Tak pun anda guna saja concealer untuk touch up kening itu ya. 

Tidak Mendedahkan Aurat

Ya muka bukan aurat hehe... ini mungkin dari segi personaliti masing-masing, macam tudung, pakaian, masa buat tutorial makeup yang jenis suka buat (Naz tak suka hehe terus-terang), pastikan aurat anda terjaga dan baru post dekat geng wanita anda sahajalah takut timbul fitnah pulak. Tak apa kak, rezeki Allah (S.W.T) bagi kita jaga Allah, Allah jaga kita. Insya-Allah.

Penutup

OK! Setakat ini dulu dengan tajuk makeup patuh syariah ini. Semoga entri kali ini dapat memberikan peringatan buat kita semua di dunia dan akhirat. Jumpa lagi ya! Jangan lupa komen kalau ada apa-apa cadangan dan penambahbaikkan.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.