Header Ads

Cara Cuci Muka Dengan Betul... Mudahnya! - (SLOT OTAK KANAN)

Ok, masa cuci muka korang main hentam ke macam mana? Naz ada satu habit suka jenis yang urutan ke atas muka, bukan ke bawah. Jom baca entri ini, Naz kongsi sikit. Perkongsian ini sangat praktikal dan mudah!

Cara Cuci Muka Dengan Betul Mudahnya facial slot otak kanan blog nazeerah

Buang Makeup Guna Makeup Remover

Korang suka guna makeup remover yang macam mana? Ini untuk cuci muka lepas makeup, kalau korang tak makeup ok, cuci tangan dan guna pencuci muka dan seterusnya scrub (seminggu sekali guna scrub).

Ok, makeup remover ini ada macam-macam, yang biasa pakai cecair itu kan? Sekiranya korang mahukan kelainan atau agak pedih bila guna cecair makeup remover itu boleh ambil kapas muka dan gunakan vaselin atau produk yang sejenis macam vaselin itu dah ada pun produk yang mengadungi minyak zaitun...sebab makeupkan tak larut air macam minyak, jadi bila korang buang makeup dengan vaselin atau produk seumpamanya, ia jadi tak sakit dan lembut malah memudahkan proses penyucian makeup sebab vaselin blend well dengan makeup tidak seperti air yang kalis makeup. Naz memang dah cuba. Senang dan best.

Buat urutan dimuka dengan kapas muka yang telah diletakkan vaselin itu tadi. Korang boleh juga buang makeup guna vaselin ini lepas pakai yang liquid lipmatte itu kan yang jenis kalau tenyeh susah tanggal. Serius jadi senang dan lepas dah rasa bersih, kemudian lap dengan tisu biasa atau tisu basah (face wet-tissue), makeup hilang dengan mudah dan bersih! Kalau nak jugak pakai cecair makeup remover itu boleh pakai lepas buat sapuan vaselin ini. Ok saja.

Cara pakai vaselin ini sesuai kalau yang tak nak cuci muka dengan agak kasar bagi Naz. Naz pun memang cuba dan guna vaselin tambahan pula, sudah ada produk yang berasaskan minyak zaitun itu lagi bagus. Lambat habis dan rasa tak lah stress bila nak buang makeup..LOL!

Pencuci Yang Sesuai

Pencui yang sesuai dengan muka korang. Ada yang nak memutih sambil mencuci, ada yang muka berminyak, yang nak buang bintik-bintik hitam dan putih dan sebagainya. 

Basuh Dengan Air Suam

Naz rasa ini pilihan kalau dan tak ada air suam, guna sahajalah air biasa. Air suam ini yang suhu janganlah panas, nanti terbakar muka...hehe. Air suam boleh membuka sikit liang pori muka masa basuh dan ini dapat memberikan penyucian secara total pada kulit muka tanpa ada sisa-sisa yang tertinggal. Makanya, jerawat tak membiak.

Penutup

Semoga proses mencuci muka korang dipermudahkan dan menjadi lebih praktikal ok! Cuba tips Naz ini sekadar perkongsian supaya muka anda tidak cepat rosak dan seumpamanya dalam rutin skincare korang. Selamat menjaga muka dan mencuba ya!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.