Header Ads

Kenapa Muka Breakout Tapi Dah Cuci? Apa Akibat? - (SLOT OTAK KANAN)

Satu benda yang kita endah tak endah atau jenis yang buat-buat lupa bila tarikh luput perkakas makeup dan skincare kita itu dah expired! Sebab itu, kalau anda perasan yang bila ada masa jenis yang tak pakai apa-apa pun dekat muka, tapi masih jerawat membiak siap buat rumah kat muka..LOL. 

Kenapa Muka Breakout Tapi Dah Cuci blog nazeerah

Perkakas Makeup dan Skincare Yang Sudah Tamat Tarikh Luput

Selalu periksa dan pastikan alat solek dan penjagaan kulit anda sentiasa dalam tarikh yang tidak luput. Jangan sebab perkakas alat solek anda masih banyak, ya terus sahaja pakai sampai lebih bertahun-tahun lamanya. Sebab itu, beli alat solek yang anda selalu pakai dan akan dipakai sahaja, jadi tidaklah membazir namanya kan?

Naz pun rasa benda sama. Tetapi ikut pengalaman sendiri zaman dululah kan masa nerd haha ada satu sabun pencuci muka yang ada orang bagi kat Naz, sebab banyak dan Naz pun pakailah lepas itu macam naik jerawat dan orang kata acne yang kecik-kecik dimuka. Ahh sudah...agak lama juga Naz pakai sabun pencuci itu. 

Sampai satu masa, Naz bertukar kepada pencuci yang organik dan natural haaa barulah benda itu hilang sedikit demi sedikit. Sebab muka kita, jadi kita yang tahu samada kulit kita ini jenis yang berminyak ke, susah atau mudah naik jerawat. Jadi, Naz geram giler waktu itu sebab muka Naz jenis yang susah naik jerawat. Bersyukurlah sekarang sebab muka balik normal balik dan tak akan pakai lagi pencuci muka yang berbentuk sabun dah serik dan Naz akan pastikan alat makeup dan skincare masih bernyawa gitu. Hehe.

Alat Kosmetik Luput Bahaya Kepada Kulit

Alat solek yang dah tiba waktu untuk dilupuskan perlu dibuang. Anda akan rasa gatal dan berlakunya jangkitan bakteria dimuka anda. Dia kalau nak tahu muka anda kena jangkitan bakteria atau ada acne atau fungal acne (boleh google kalau nak tengok dengan lebih lanjut) dia macam jerawat yang kecik-kecik itu...ada yang besar sikit dan kemerah-merahan. 

Alat solek yang dah tamat tarikh luput juga menjadi medium nutrisi kepada beberapa jenis spesies bakteria yang meminati kulit anda. Bakteria suka tempat macam itu. Hehe. 

Ini Naz belanja satu gambar tentang makeup yang sudah lama. Bakteria yang dikultur pada petri dish.

contoh bakteria old makeup blog neuron nazeerah
Rujukan: https://www.beauteschool.com/news/old-make-up-found-to-contain-meningitis-bacteria

Perkakas Makeup Yang Tidak Dicuci Secara Berkala

Oh come on girls! Jangan makeup saja, kena jaga kebersihan. Lebih-lebih yang suka makeup itu kena cuci contoh maskara, span/beauty blender, berus yang digunakan. Kalau ikut logik dan tahap kerajinan anda, boleh cuci alat solekan anda itu dalam 1-2 minggu sekali pun ok.

Lepas cuci, keringkan dan letak dalam tempat dan bekas yang betul supaya ia tidak terdedah. Benda ini sangat mudah sahaja kan...nak tak nak saja.

Berkongsi Perkakas Makeup

Haaa, ini pun satu hal kalau berkongsi alat makeup pun dah jadi tak hygiene sebab kita tak tahu bakteria datang dari mana...entah kita entah orang yang kita kongsi itu. Jadi belilah set makep masing-masing yang Naz rasa sangat berpatutan dah sekarang.

Satu lagi makeup artist pun kena tanya depa yang jenis cuci alatan makeup atau tidak kan. Sekadar peringatan.

Penutup

Semoga entri kali ini membuka mata anda semua dalam penjagaan perkakas makeup agar terhindar dari segala benda yang tidak diingini! Jumpa lagi lain entri!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.