Header Ads

Perkakas Mudah Makeup Semulajadi Yang Dilupakan - (SLOT OTAK KANAN)

Seperti yang sedia maklum, Naz ada buat slot baru untuk blog Neuron Nazeerah berjudul OTAK KANAN. Khas untuk entri yang santai pelbagai topik menarik samada ada kaitan dengan neurosains atau sebaliknya. 

slot otak kanan blog nazeerah topik makeup

Ini juga adalah hadiah istimewa kepada pembaca blog Naz yang dikasihi sekalian! Jadi topik santai yang Naz rasa nak kongsikan kali ini adalah berkaitan makeup! Jom.

Perkakas Makeup Yang Saya Suka

Bila sebut pasal makeup, tak semestinya seseorang itu suka makeup, setuju tak? Biasa-biasa sahaja sebab malas nak cuci makeup tambah lagi bila nak solat dan kejar masa kan. Naz buat entri blog ini untuk kongsikan perkakas makeup yang Naz suka untuk rutin makeup sederhana, patuh syariah dan tawadduk... LOL!

1. Bedak Asas / Bedak Compact

Bedak compact yang tona semulajadi atau Naz ambik yang sikit gelap daripada kulit wajah Naz, sebab bila pakai Naz nampak semulajadi macam tak pakai apa-apa. Kalau ambil yang tona cerah-cerah, serius tak sesuai dan nampak macam pakai bedak. Eh...hehe. Kalau bedak compact/ bedak asas yang siap ada foundation lagi bagus sebab korang dah tak perlu guna foundation.

Ada juga orang kata jangan tangkap muat sahaja samada nak pilih tona bedak asas atau foundation. Tak semestinya kena pakai foundation setebal gunung Kinabalu baru kau rasa ya..kau dah makeup...hehe.

2. Pembayang Mata / Eyeshadow

Ok, untuk bab mata dulu Naz suka pakai eyeliner zaman dulu LOL. Sekarang ini Naz suka pembayang mata sebab pertama sekali adalah senang nak cuci! Kalau eyeliner, mungkin Naz akan kehilangan banyak bulu mata sebab perlu cuci dengan menyeluruh ye.

Jadi, Naz ambil keputusan untuk pakai eyeshadow bagi makeup bahagian mata. Tapi tipulah ada sahaja masa yang Naz tak makeup apa-apa pun dekat mata sebab nak cepat.

3. Gincu / Lipstick / Lipmatte 

Apa sahajalah apa yang korang suka pakai setiap hari atau mengikut majlis yang nak dihadiri. Naz lebih suka yang bukan liquid, macam gincu atau lipstick matte. Kalau nak pakai lipmatte pun tengok keadaan atau masa. Biasanya lipmatte Naz pakai untuk hadiri majlis sahaja. 

Contoh kalau masa Naz gunakan lipmatte seperti temuduga pun korang boleh pakai, ada presentation ke, annual dinner, jadi tak adalah korang menggeleabah nak touch-up setiap saat kan. Just letak sekali dan biarkan sahaja.

Simple atau Mudah?

Itulah dia TOP 3 perkakas makeup yang Naz suka dulu sehingga kini, orang kata wajib ada. Mudah sahaja dan sangat praktikal untuk kegunaan harian. Untuk makeup mata lebih kepada pembayang mata, warna lipstick yang lebih kepada warna semulajadi/nude sebab kalau pakai warna yang tak kena dengan muka kita nampak lain dan mungkin terlebih matang dari usia. Oooppss. 

Sama juga macam warna tudung , Naz suka warna lembut dan pastel lebih nampak muda dan segar tak nampak suram. Tudung warna coklat terang memang Naz tak suka kalau boleh tak perlu ada dalam koleksi bawal sebab memang tak akan pakai dan mungkin akan bagi kat orang lain.

Penutup

Segala perkongsian ini adalah tentang pendapat Naz yang tulus mulus, hehe. Setiap orang lain citarasa. Semoga perkongsian ini dapat bagi idea jugaklah kat korang kalau pening nak pakai apa kan. Bolehlah mula cari bedak compact yang terbaik untuk anda, koleksi lipstick yang anda suka dan warna pembayang mata yang anda suka dalam memudahkan rutin makeup anda!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.