Header Ads

Kena Kecam Sebab Ini... - Slot Otak Kanan

Sempena bulan November, Naz tak selalu kongsi entri tajuk macam ini....sebab this is not me to share something yang topik macam ini....hehe... cumanya hanya nak kongsi kali ini khas buat pembaca blog Neuron Nazeerah dan penghujung tahun 2021.

Kena Kecam Sebab Ini... - Slot Otak Kanan

Kalau korang perasan, baru-baru ini, ada satu posting KFC yang baru sahaja keluarkan perisa burger terbaru kan? Naz komenlah bagi cadangan sahaja untuk adakan salah satu versi VEGAN BURGER...ramai komen balik dekat Naz sebab tak setuju cadangkan vegan burger. Antara komen kat bawah ini Naz screenshot. Nanti Naz jawab semua komen itu di blog ini jerrr lah....Naz tak reply back komen yang kecam itu....nanti tak habis kecam...LOL.

Kat bawah ini antara screenshot kome, Naz dah censored siapa yang komen jangan risau. Hehe.

    

     

    

Komen Balas Kecaman

  1. Ok, Naz melihat vegan ini sebagi salah satu diet atau lifestyle sahaja. Ya, memang jarang Muslim/Melayu vegan atau jarang jumpa (tapi ada kan?). Jadi, sebagai Muslim, memang kena cari makanan vegan halal...sebab tak semua makanan vegan itu halal kan? 
  2. VEGAN bagi Naz tak ada kena mengena dengan sentimen agama. Nothing to do with agama. Kalau ada yang jadi vegan sebab agama diaorang itu mereka punya sebab sendirilah.
  3. Acah vegan itu subjektif sebab sebelum vegan naz non-vegan lah jadi tahu apa benda yang Naz nak makan atau tak nak makan...bukan lahir jerr terus vegan...LOL.
  4. Naz bukan suruh KFC tukar semua jadi vegan, Naz cuma cadangkan salah satu produk sahaja, iaitu vegan burger. KFC kan ada seasonal product yang akan mereka jual setiap tahun ek tak silap? Selepas itu ada produk lain pula. 
  5. Pengaruh barat? Tak, sebenarnya banyak lagi pengaruh barat yang masuk even Facebook pun dari barat....cumanya kita ikut yang baik dan tak bertentangan dengan agama Islam sudah, habis cerita.
  6. Is not easy to be a vegan sebab banyak dugaan ya memang kalau mula-mula acah vegan dahulu pun boleh...LOL.
  7. Berlapang dada sebab mungkin korang tak jumpa komuniti vegan, jadi korang rasa aneh.
  8. Banyak jerr makanan vegan bukan salad, salad, salad....cuma perlaksanaan kat Malaysia tak meluas, namun ada komunitinya. 
  9. Cara masak, resipi vegan juga boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
  10. Menu vegan tak ada dalam senarai kedai/restoran/fast food Malaysia sebagai makanan yang tetap seperti makanan non-vegan yang lain...kalau di luar negara memang banyak well-established. Kalau ada, mungkin boleh tarik komuniti vegan untuk membeli kan?

Penutup

Dalam komen negatif adalah jugak komen positif, tak apa yang komen negatif itu pun Naz ok sahaja tak ada masalah sebab manusia ada pendapat yang berbeza, Naz baca macam kelakar pun ada...hehe.

Samada korang vegan, vegetarian, plant-based, whole-food atau segala macam jenis diet yang ada, selagi makanan itu halal, baik dan tidak memudaratkan, teruskan.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.