Kenapa Kita Kena Senyum? - Blog Neuron Nazeerah
Semenjak dua-menjak ini Naz banyak kongsi tentang slot baru otak kanan blog neuron nazeerah ini. Sesiapa boleh hadam? Entri ini Naz nak kongsi tentang kenapa kita kena senyum? Ada jugak kan spesies yang susah senyum. Rugi. Kekadang Naz pun samaaa LOL. Jom sama-sama berubah.
Senyum Itu Sedekah
Ok semua memang sudah sedia maklum, senyum itu sedekah. Senyum dengan berhemah dan sesuai pada tempat, keadaan dan kepada siapa kita nak senyum. Ada adab.
Senyum Menjemput Hormon Yang Bagus!
Senyum mengeluarkan hormon yang bagus iaitu Endorphin. Ini membuatkan kita gembira. Orang yang gembira, ceria akan melakukan perkara yang hebat. Gembira ini adalah salah satu emosi yang asas dalam korpus ilmu neurosains. Perlu dijaga dan diseimbangkan.
Ada pakar psikologi kata kalau susah sangat nak senyum..."TRAIN YOUR BRAIN!" Cara nak ajar otak sendiri dengan cuba letakkan pensel atau pen dekat mulut korang selama 20 saat atau lebih secara melintang..jangan makan pulak..hehe. Sebab apa buat macam ni? Otot-otot kita dibahagian muka diarahkan dalam keadaan macam kita senyum. Cuba ok!
Hormon ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imun sistem dan memberikan semangat (enthusiasm) kepada kita dalam pelbagai aspek kehidupan.
Neurotransmitter, dopamine membantu dalam meningkatkan tahap kefokusan kita. Membuatkan korang rasa gembira itu.
Neurotransmitter, serotonin penting juga dalam bab kegembiraan ini kalau hormon ini kurang, korang kurang gembiralah jawabnya. Dan semua kita tahu zaman Covid-19, kesihatan mental teratas sekali...ini kalau kurang hormon serotonin ini akan mengakibatkan depresi dan kegelisahan.
Penutup
Bila kita suka senyum, kita rasa bahagia emosi gembira itu akan wujud dan mengeluarkan hormon-hormon yang Naz nyatakan diatas. Bila hormon diatas ini berada dalam keseimbangan yang baik, kita rasa bahagia, bertenaga, bersemangat, badan pun menjadi sihat dan kualiti kerja kita pun akan terbaik! Nampak tak? Semoga senyum ini menjadi salah satu tabiat yang baik dalam kehidupan kita.
Kalau anda mahu ikut dan masih belum likes Facebook Page Naz. Ok jumpa dilain entri!
Post a Comment