JAGA-JAGA KALAU EMAIL ANDA KENA HACK! NAZEERAH KONGSI CERITA
Nak kongsi tentang korang pernah tak email kena hack? Naz pernah sekali, email main pulak tu sebab banyak pakai untuk sosial media dan rasmi. Email hack atau email pishing ini hacker gila will see you in padang mahsyar (hambek kau) yang lakukan. But... Naz memula nak cancel email yang kena hack tu tapi lama-lama naz aktifkan balik dengan buat 2-authentic verification dan password susah yakmat Naz sendiri tak ingat dan kena buat catatan.
Email hacker ini bukan hanya aim individu tetapi institusi, organisasi besar pun kena. Masa email Naz kena hack itu, nasib tak teruk mana, maknanya orang terima email Naz padahal Naz tak hantar pun. Jadi esok duk tanya "Eh, kau email aku suruh hantar dokumen ye?" Ha, kira macam itulah cerita Naz dah lupa apa kandungan email itu.
Sebab itu, zaman sekarang dapat emaill rasmi kalau ada bagi link JANGAN KLIK langsung ye kengkawan....baik korang call terus pejabat hotline kalau dapat email rasmi especially yang suruh buat bayaran, tamat tempoh bagailah apa-apa sahaja subjek email yang berunsur penekanan atau sangat mengelirukan ok! Jangan pula tergesa-gesa nak percaya semua benda dan cepat panik.
Cerita email hack dari orang lain pulak, Naz ada terbaca yang seorang ini dapat email dari harvard university yang katanya, dia dapat masuk universiti harvard samada belajar atau kerja.... tetapi email itu palsu dan dia pergi kot harvard bertahun-tahun baru sedar yang harvard tak hantar pun email kat dia. Kannn.. kesian pulak baca kisah ini.
Saja nak pesan, boleh pesan kepada keluarga, kawan, saudara-mara yang mungkin jenis naive atau tak cakna pasal benda ini ok. Zama IR 4.0 ada kan dah masukkan elemen cyber sekuriti ini baguslah ditingkatkan dan bagi kesedaran kepada masyarakat tentang segala macam hack dan taktik penipuan.
EMAIL ADALAH DATA PERIBADI! KALAU ANDA KENA HACK BOLEH BUAT REPORT POLIS
Email adalah termasuk dalam Akta 709 (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)....ini link atau pautan kalau nak baca lebih lanjut. Negara kita ada undang-undang. Bawah ini antara senarai yang termasuk dalam data peribadi kita yang dilindungi:
- Nama dan alamat
- Nombor kad pengenalan
- Nombor passport
- Maklumat kesihatan
- Alamat e-mel
- Gambar
- Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
- Maklumat dalam fail peribadi
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca dan pengunjung blog neuron nazeerah disini. Didoakan kita semua dilindungi dari segala benda yang tak diingini. Aameen. Insya-Allah.
Post a Comment