ENTRI BLOG PERTAMA TAHUN 2021
Salam semua! Baru ada masa nak update humble blog + humblog ini dah masuk bulan #Februari bulan Januari korang, ok tak? Kes Covid-19 masih 4 angka kan paling banyak 5 ribu lebih harap doakan semoga semakin menurun ok. Aameen.
TAHUN 2021 DAN SETERUSNYA....
Ramadhan tahun ini Naz rasa macam tahun lepas dalam berPKP bagai lagi sebab dalam beberapa bulan sahaja lagi. Didoakan yang baca ini dan kita semua dapat meraikan bulan ramadhan lebih baik dari sebelum ini dan bertemu ramadhan pada tahun ini. Aameen.
Sama juga raya nampaknya, tapi ada juga hikmah disebalik ujian pandemik ini. Allah (S.W.T) Yang Maha Mengetahui. Oh ya korang diet? Naz dah start diet tahun lepas dalam penghujung 2020 sekitar bulan 10 atau 11. Diet serius untuk turunkan berat badan yang sihat atau ideal.
CERITA DIET 2021
Nah, masuk bab diet pulakkk dahh tak ada apa nak kongsi jadi kita berblog santai topik ye kali ini. Naz diet tak harsh ikut atkins diet ek? Ikut kemampuan badan yang penting kita mampu, boleh adapt dan secara berterusan. Ada jugalah orang kata cheat day tapi masa mula-mula start, cheat day belum lagi, dalam 3 bulan baru ada cheat day sikit-sikit. Itupun masih jaga-jaga. Tak boleh stress pun satu hal dalam diet ini hehe.
Naz makan jer nasi cuma ambil sedikit, tak banyak sepinggan, ambil separuh dan suku. Ada yang diet cut nasi tapi sebab Naz fikir orang Malaysia tak lari dari nasi dalam kehidupan seharian jadi kalau tak ambil nasi then tetiba ambil nasi dalam satu masa, badan akan jadi terkejut jadi rugilah usaha diet kita kan? Setuju?
Ini belum yang diet cut nasi tapi bedal fast food. Lepas cut nasi separuh atau suku, Naz tak ambil fast food. Lepas itu minuman berkarbonat, benda-benda manis, susu pekat manis dan gula. Ambil dan lebihkan sayur dan buah. Itu saja. Buah dan sayur ambil jer benda yang korang senang dapat, disekeliling orang atau yang korang mudah beli, tak semestinya benda sayur western dan mahal ok, yang tempatan tak habis makan, murah dan lebih organik.
Satu lagi tips, makan malam Naz pastikan tak makan selepas pukul 8 malam, kalau korang mula nak start ambik limit pukul 9 malam pun ok. Kalau tak boleh, ambil buah dan minum sahaja waktu malam. Naz turun lebih kurang 18 kg dan misi seterunya nak turun dalam 20 kg lagi. Amboi jadi lidi aku nanti. LOL.
Oklah, semoga perkongsian ini dapat bagi manfaat yang penting diet aim nak sihat. Jumpa next entri, boleh follow blog Naz melalui email kalau Naz letak entri baru korang akan terus dapat email atau follow/like/share/komen media sosial Naz yang lain ok.
Boleh juga komen kat bawah, apa amalan diet yang menjadi kepada badan korang, amalan secara santai dan tanpa stress?
Post a Comment