Header Ads

BEZA NAVIGASI OTAK SEMASA DI BANDAR VS LUAR BANDAR

Wow sangat tajuk. Terlebih dahulu Naz nak bagitahu yang Naz jenis yang mudah sesat...LOL! Unless kalau diri-sendiri cari dan lalui selagi tak, itulah 10 kali sesat tempat sama. Jadinya, kaji diri-sendiri navigasi fail! Ada ke yang geng senang sesat jalan kat sini? Ada juga yang sekali jalan dan ingat. 

Dalam istilah neurosains, dipanggil spatial navigation. Ada juga istilah dan isu ini dalam bidang lain.  Dikategorikan dalam ingatan spasial (spatial memory) melibatkan persekitaran. Kawasan yang memainkan peranan penting adalah hippocampus

Kajian ada buat dan mengatakan bahawa, beza keupayaan navigasi otak semasa di bandar lebih kurang berbanding dengan keupayaan navigasi otak di luar bandar. Tidak semestinya diluar bandar, ia juga boleh jadi dibandar tetapi dalam taburan penduduk atau penempatan yang tidak teratur. Neurosaintis juga telah mengenalpasti atau menemui beberapa nama sel yang terlibat dalam proses navigasi ini. 

Secara mudahnya, mereka yang tinggal di kawasan yang kurang teratur ini mempunyai keupayaan navigasi otak yang lebih baik berbanding mereka yang tinggal di kawasan yang teratur. Apa pendapat korang? 

Ini lebih kepada penggunaaan otak yang lebih maksima dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan kurang teratur dan lebih mengaktifkan sel-sel otak yang Naz akan terangkan dibawah ini. Jom baca lagi...

SEL OTAK YANG TERLIBAT DALAM PROSES NAVIGASI

Pertama, place cell yang akan trigger apabila berada di tempat yang tertentu. Kedua, head-direction cell bertindak-balas menunjukkan reaksi dan memberitahu arah yang sedang kita lalui itu. Ketiga, grid cell  yang melibatkan penyimpanan maklumat/memori dan mengintegrasikan ia dalam memberikan lokasi spesifik arah tujuan manusia. Grid cell ini macam ingatan korang yang boleh ingat nama sesuatu tempat, contohnya, Kedai Mak Cik Kiah kat mana, area mana. Keempat, border cell, yang bertindak-balas terhadap kehadiran batas (border) persekitaran pada jarak dan arah yang tertentu. 

JADI?

Jadi, gunakanlah otak korang dengan sebaiknya dan semaksima yang mungkin. Zaman sekarang ada maps, masih sesat ke atau lebih kurangkan kesesatan kita? 

Semoga kita semua diberikan ingatan, akal dan kesihatan yang baik!

blog neuron nazeerah

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.