SELEBRITI DAN PENYAKIT BERKAITAN NEURO/OTAK-NAZEERAH SELECT
Mari tengok dan baca siapakah selebriti antarabangsa yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan otak/neuro. Hadam sahajalah sebab ada yang tak kenal pun?! LOL.
BRAD PITT
Brad Pitt ada prosopagnosia, kerosakan pada kawasan cortex otak yang dinamakan right fusiform gyrus. Dia mengaku pun ada masalah ini. Dia tak boleh kenal muka orang atau lebih berat muka dia sendiri pun dia tak boleh kenalpasti.
MUHAMMAD ALI
Siapa tak kenal dengan lagenda sukan boxing dunia ini. Allahyarham ada parkinson selama 32 tahun! Parkinson ini melibatkan pergerakan. Hormon serotonin dan dopamine dalam otak kalau tak seimbang, akan adalah penyakit sama juga dengan DNA jujukan tersilap sikit dipanggil mutasi. Parkinson ada masalah dalam pengeluaran hormon dopamine.
Otot jadi keras, susah nak bergerak dan tangan akan terketar-ketar.
CHRIS WRIGHT
Pemain NBA ini ada multiple sclerosis. Masalah pada struktur myelin. Myelin ini perlu untuk balut sel saraf manusia supaya penghantaran maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan efektif.
Jadi bila ada masalah ini, timbullah kesukaran dalam komunikasi sel saraf manusia, akan ada masalah melibatkan penglihatan, percakapan, ketar-ketar, otot jadi tak kuat dan masalah imbangan badan. Jadi dia mungkin ada masalah dalam permainan itu.
CATHERINE ZETA JONES
Dia ada masalah bipolar disorder. Melibatkan perubahan mood yang ekstrim mungkin dalam jangka masa yang panjang. Pesakit akan jadi salah satunya mudah marah. Mungkin akan cenderung untuk mencederakan diri-sendiri atau bunuh diri.
ARIANA GRANDE
Apa-apa sahaja lah, Naz tak kenal sangat artis omputih, serius, dia ada PTSD dan anxiety. Biasanya kalau korang ada berdepan dengan situasi mengalami atau melihat sesuatu yang dahsyat, PTSD ini akan ada sekiranya peristiwa itu berlaku dan menganggu emosi anda. Ariana Grande ada PTSD dan anxiety ini sebab ada tempat dekat konsert dia kena bom.
Post a Comment