Header Ads

Error 429 ActiveX component cannot create object dan Run Time Error 429 Mendeley - Cara Mudah Selesai Masalah

Tajuk ini sinonim bagi pengguna Mendeley Desktop yang nak masukkan citation dan rujukan korang dalam penulisan akademik. Pernah tak ada masalah ini? Tetiba ada error 429 keluar memang tak ok sangat ye, lebih-lebih lagi bila korang dalam mood menulis dan ada tarikh yang perlu dihantar kerja itu. Biasanya, error 429 ini terjadi masa korang nak masukkan citation dalam words. 

Error 429 ActiveX component can't create object & Run Time Error 429 Mendeley- Cara Mudah Selesai Masalah!

Sebelum itu korang pakai word ori ke fake? Tak kisah samada words korang fake atau ori, kalau icon mendeley dekat words tak ada, korang kena masukkan dahulu, caranya boleh tengok video dibawah ini:


Tahun 2021, kekadang Mendeley buat penambahbaikkan jadi, Naz cari tutorial dalam YouTube kebanyakan semua mengarut LOL...dan tak jadi pun, bila ikut mereka, untuk selesaikan masalah error 429 ini. Ok, jom Naz kongsi bagi yang masih belum tahu dan ada masalah sama atau belum lagi ada masalah ini...hehe.

Kebanyakan tutorial diluar sana, mereka bagi tahu hanya untuk cek sistem salam laptop command semua itu, Naz dah cuba sebijik tapi masih ada error 429 ini, pop-up dan pop-up lagi. Sampailah satu hari tak sampai beberapa minit pun masalah selesai!

Setelah banyak kali buat trial and error sendiri, tanpa tengok tutorial, mungkin ada ke yang dah settle masalah ini sama macam Naz? 

Tiada Lagi Masalah Error 429 Masa Guna Mendeley!

Rupa-rupanya korang kena buat ini jer...tapi ingat, kalau masih tak ok untuk kes korang, boleh komen sini dan tanya sahaja. 

Ini cara Naz selesaikan masalah bagi kes Run Time Error 429 dan Error 429 ActiceX component can't create object:
  1. Uninstall mendeley lama ambil yang versi terbaru sahaja
  2. Seelok-eloknya, log out dulu Mendeley desktop baru uninstall dan log in balik selepas dah selesai install.
  3. Kalau korang ada masukkan mendeley versi lama dalam word sebelum ini seperti dalam video di atas itu, korang kena REMOVE dahulu yang versi lama (remove di Template and Add-ins seperti dalam video diatas), sebab sistem jadi pening nak baca macam corrupt atau software corrupt.
  4. Kalau boleh atau nak selamat, remove dahulu di Template and Add-ins itu kedua-dua sekali even korang ada yang versi terbaru, jadi pokoknya remove semua dan baru, iaitu add balik, lagi senang...bila korang dah siap unistall dan install balik mendeley desktop itu tadi.
  5. Siap! Pasti...Error 429 tak kacau korang lagi! Hehe.
Benda memang nampak simple tapi, tutorial kat luar sanaaa yang telah mengkomplikatedkan! Bagi yang tak tahu? Mereka kata susah dan leceh. Tambahan lagi, asyik dengan aim satu cara sahaja, iaitu cek sistem dan cek sistem komputer, cek command bagai dan sebagainya kan? Jalan penyelesaian yang tak jadi.


Boleh share dan kongsi. Kalau ada soalan, boleh komen sahaja. Insya-Allah. Semoga bermanfaat!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.