Mudahnya Mendeley...Versi Terbaru! - Blog Neuron Nazeerah
Ok, Naz ada guna Mendeley dari yang lain-lain untuk uruskan bab rujukan dalam penulisan akademik. Sebelum ini, entri yang pertama Mudahnya Mendeley, Naz kongsi apa yang korang boleh buat dengan Mendeley. Kali ini nak kongsi macam mana nak sync kan Mendeley dalam words korang dan kepada yang ada masalah kalau pakai words yang dah tamat lesen. Senang jer. Jom baca!
Bagi yang baru nak guna Mendeley boleh baca dulu entri Naz yang dahulu Mudahya Mendeley...sebab entri ini Naz nak kongsi yang point No.6 dalam artikel sebelum ini ya. Yang dah tahu itu ok, ini khusus untuk yang baru nak belajar ya hehehe.
Point No.6 iaitu memasukkan ke words dalam bentuk citation dan bibliografi. Sebelum itu, korang kena ada Microsoft Word sebab perisian lain seakan-akan Words ini macam Writer (ada orang pakai?) yang selain Microsoft Word tak ada ciri atau tak boleh sync untuk masukkan Mendeley. Untuk peringatan awal.
Entri ini Naz expect korang dah install perisian Mendeley lengkap. Sebab Naz nak masuk terus point No.6, untuk masukkan Mendeley dalam Word dan buat rujukan atau bibliografi.
Buka Mendeley, dekat tab atas pilih Tools dan klik Install MS Word Plugin.
Selepas itu, buka Microsoft Word pilih tab References. Kalau icon Mendeley tak keluar, ini mungkin disebabkan Microsoft Word tamat lesen, atau siapa yang pakai original ada masalah yang sama tak? Mudah saja ikut cara dibawah ini.
Gambar bawah ini nak tunjuk Mendeley icon tak keluar,
Caranya pergi buka Microsoft Word, kemudian yang dekat atas itu klik tab File biar dia ada view seperti dibawah ini. Naz dah crop separuh tapi pastikan korang jumpa ini sebab langkah seterusnya, korang kena klik pula dekat Options itu (bawah sekali).
Lepas klik Options, skrin paparan dibawah akan muncul. Pilih tab Add-Ins disebelah kiri tepi.
Nak check, masuk balik Microsoft Word korang check dekat tab References akan dapati icon Mendeley dah masuk seperti gambar dibawah. Make sure kalau Microsoft Word pop up apa-apa, just Enable Content ok. Masalah korang selesai....mudah kan?
Gigih Naz buat entri hehe sebijik-sebijik untuk mereka yang newbie. Oh ya! Cara ini korang kena buat setiap kali guna Microsoft Word maksudya bila korang tutup, ikon Mendeley itu juga hilang, jadi setiap kali buka dan nak guna Microsoft Word, kena buat cara ini untuk munculkan icon Mendeley dalam Microsoft Word korang.
Kalau korang ada masalah yang melibatkan ERROR 429 masa guna Mendeley, entri ini CARA PENYELESAIAN ERROR 429 MASA GUNA MENDELEY.
BACA JUGA: Tips cari literature review 101.
Kalau ada apa-apa soalan atau masalah, boleh komen kat bawah ini. Insya-Allah Naz tolong dan baca komen korang ok.
Post a Comment