Header Ads

Bongkar Peribadi Identiti Seseorang Melalui Tulisan Tangan - Blog Neuron Nazeerah

Pernah tak korang dengar penceramah tak kisah mana-mana negara termasuk Malaysia sebut pasal ilmu Graphology? Lepas itu ada lagi Neuro-Linguistic Programming (NLP)? Selalu sangat kan. Naz nak kongsi tentang tajuk tulisan tangan dengan otak manusia dalam mengetahui sedikit sebanyak peribadi seseorang. Bukan taksub, ilmu kajian semua Allah (S.W.T) Yang Maha Mengetahu. Set dulu positive perception mind sebelum teruskan baca entri Naz kali ini. Jom baca! 

mental health blog neuron nazeerah

Sebelum itu, untuk NLP, ianya bukanlah salah satu dari cabang bidang neurosains pun. Naz difahamkan, ada yang telah kategorikan NLP ini sebagai pseudoscience sebab tiada bukti saintifik. Kalau pseudoscience akan banyak macam pandangan yang berat sebelah/ bias/ tak tepat/tak betul/ palsu/tiada asas/mengarut/tak sahih.

Bagi Grafologi (Graphology) OK. Ilmu sahih. Sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, kajian neurosains zaman dahulu dengan sekarang banyak beza dari segi teknologi yang digunapakai. Dahulu tiada lagi  EEG, fMRI, CT scan, PET scan, MRI, MEG dan seumpamanya. Jadi, dulu mereka rujuk sistem homunculus yang diperkenalkan pada abad ke- 16 dan ke-19. 

HOMUNCULUS BLOG NEURON NAZEERAH
Kredit gambar: The Human Brain, Rita Carter

Tulisan Tangan Dan Keperibadian Seseorang

Kita kena menulis, zaman sekarang ini walaupun bergajet, menulis perlu dalam mengaktifkan kawasan otak yang spesifik aktif apabila kita menulis iaitu visual cortex (occipital lobe)/ dibahagian belakang otak kita, visual word recognition (temporal lobe)/ bahagian belah tepi telinga kita, auditory cortex (temporal lobe) ya lah kita kan bercakap semasa menulis dan setiap huruf itu ada bunyi seperti T, G, A... jadi sebab itu auditory cortex ini terlibat juga. Selepas itu, kawasan Broca iaitu kawasan ini dahulunya neurosaintis belum jumpa lagi, dan bila jumpa kawasan Broca ini berfungsi macam mixer bagi perkataan yang kita cakap dan tulis

Ada banyak lagi kawasan bukan hanya kawasan otak yang Naz nyatakan diatas semasa kita menulis, Naz bagitahu yang penting. Antara lain yang terlibat seperti hippocampus, kawasan Wernicke, cerebelum serta kawasan yang melibatkan pergerakan (motor) tangan iaitu primary motor cortex, supplementary motor cortex, premotor cortex dan sebagainya.

KAWASAN OTAK HUMAN BRAIN TULISAN TANGAN GRAFOLOGI BLOG NEURON NAZEERAH
Kredit gambar: The Human Brain, Rita Carter

Secara amnya, entri kali ini tentang ilmu grafologi, kalau korang minat sambung lah dalam bidang ini. Grafologi ini bidang yang korang belajar tentang analisis tulisan tangan manusia secara terperinci! Popular di Jerman dan diperluaskan sehingga sekarang.

Ilmu ini, bila korang minat dan nak belajar, siap ada formula nak kira sudut tulisan bagai lagi... wahhh sangat kan. Grafologi boleh digunakan untuk mereka yang nak ambil pekerja, apa salahnya, ambil salah satu cara nak kenal calon dengan cara, suruh mereka menulis, kita nak lihat tulisan tangan calon untuk tahu apa peribadi dan potensi mereka. 

Kalau tak detail, kita boleh tahu sedikit- sebanyak. Contohnya, tulisan condong, menegak, jarak perkataan jauh atau rapat, yang suka tulis menekan atau kurang menekan.

Tulisan Jarak Antara Perkataan Yang Terlalu Rapat/Dekat

Dikatakan orang yang peramah, mudah bergaul/ bersosial, banyak kawan. Yang negatifnya, kurang berdikari, suka bergantung kepada orang lain. Memerlukan kasih sayang, mudah takut dan pemalu.

Tulisan Jarak Antara Perkataan Yang Sedang-sedang

Orang sebegini biasanya boleh berdikari. Orang yang boleh menjaga orang lain. Tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Tulisan Jarak Antara PerkataanTerlalu Jauh

Peribadi seseorang yang mempunyai cara tulis sebegini dikatakan boleh berdikari. Yang negatifnya, dia susah percaya mempercayai seseorang. Sangat berdikari dan tidak memerlukan orang lain. Skeptikal sedikit. Mudah renggang dan kurang kawan. 

Tulisan Condong Ke Kiri

Lebih kepada introvert, suka memendam dari segi masalah atau emosi. Melindungi diri-sendiri. Suka menyendiri dan tak suka bergaul. Emosi tidak ditunjukkan.

Tulisan Condong Ke Kanan

Baik dalam kebolehan interpersonal. Mudah dipengaruhi. Lebih mudah menunjukkan emosi yang dihadapi. 

Tulisan Tekanan Rendah

Seseorang yang sensitif. Tidak suka bergaduh atau lebih pemaaf dan akan cuba untuk mengelakkan daripada berlaku pergaduhan atau salah faham. Sesuai bekerja dipejabat berbanding di luar pejabat/lapangan.

Tulisan Tekanan Kuat

Lebih bersemangat atau cergas. Sukakan aktiviti berbentuk fizikal dan kerja lapangan. Sukakan cabaran. 

Penutup

Ada banyak lagi pecahan dan elemen/indikator ukuran dalam ilmu grafologi ini. Tak habis nak tulis hehe, cuma ini yang selalu kita dengar dan semoga perkongsian ini memberi sedikit pengetahuan tentang ilmu kaji tulisan tangan ini!

Sesiapa yang nak join komuniti Brain Bae Malaysia boleh daftar di lawan web rasmi komuniti di sini. Keahlian dibuka tahun ini, tahun depan tak pasti ada lagi ke tak kerana sistem akan ditutup sekiranya keahlian sudah penuh. 

Kelebihan menjadi ahli komuniti Brain Bae:
  • Perkongsian strategi nak letak harga pada barang yang kita jual (bukti kajian yang telah dilakukan)
  • Strategi mudah dalam mempengaruhi atau memanipulasi seseorang untuk membeli produk atau servis yang ditawarkan 
  • Strategi membuat bahan pemasaran secara efektif dan berkesan supaya tidak membazir duit kepada bahan pemasaran yang tidak berkesan
  • Strategi pemilihan warna dalam perniagaan
  • Teknik mengetahui siapa sebenarnya pelanggan kita
  • Magik penggunaan nombor dalam perniagaan.
Ada banyak lagi, jadi kalau anda nak tahu strategi dan rahsia diatas, bolehlah daftar sebelum ditutup. Jangan lepaskan peluang untuk pembukaan ahli kepada orang awam pelbagai latar belakang secara eksklusif pada tahun ini.

Hadiah kepada 100 ahli yang terAWAL sahaja akan dapat E-book PERCUMA Neuromarketing 101.

Ok....selamat maju jaya! Jumpa dilain entri!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.