Header Ads

Cara Makan Nasi Kerabu Bahan Rahsia! - SLOT OTAK KANAN

Pertama sekali, Naz bukanlah yang taksub nasi kerabu ini...adoi... LOL. Cuma nak kongsi sahaja, kalau makan nasi kerabu bahan rahsia (bukan rahsia lagi!) yang membuatkan nasi kerabu itu sedap ialah terletak pada bahan campuran kelapanya. Tak sedap kelapa itu makan nasi kerabu kurang sedap lah. Tapi! tapi...tapi...lain orang lain kemahiran yang buat kelapa inilah pulak. Itulah pasal. Jom baca bahan yang mesti ada dalam bahan rahsia kelapa nasi kerabu. 

Ok, sebelum itu bagi yang belum tahu, Naz dah lancarkan SLOT OTAK KANAN blog NEURON NAZEERAH pada bulan Mac 2021 bagi memaparkan perkongsian yang lebih dinamik dan pelbagai topik, tips, rahsia, eksklusif dan banyak lagi yang menarik. Jadi, topik yang dalam 'Slot Otak Kanan' ini lebih berkonsepkan kepelbagaian.

nasi kerabu bahan rahsia kelapa blog neuron nazeerah slot otak kanan

Cara Ringkas Buat Bahan Rahsia Kelapa Nasi Kerabu

Kita guna ikan kembung atau ikan selayang dah ok ya...rebus dan ambil isi ikan. Kemudian, kelapa yang diparut perlulah digoreng (tanpa minyak) dalam kuali panas sampai garing kekuning-kuningan. 

Seterusnya, hirisan yang perlu ada dalam campuran isi kelapa (ada orang panggil sambal kelapa pun ada) ini ialah bunga kantan (ada yang tak masukkan ini bahan rahsia), bawang merah, serai, garam dan gula. Tetapi yang bunga kantan itu masih pilihan kalau tak nak masukkan pun tak apa.

Selepas kelapa dah selesai goreng, terus tumbuk dengan isi ikan dan bahan-bahan yang lain tadi iaitu serai, bawang merah, bunga kantan (pilihan), gaulkan sehingga semua bahan sebati dengan kelapa goreng.

Jangan tumbuk sampai lumat halus...biarkan ada tekstur ok...dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

Selamat mencuba!

Baca juga entri lepas Cara Makan Nasi Kerabu.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.