Header Ads

CARA SAYA MAKAN NASI KERABU

Setiap orang punyai citarasa tersendiri dalam pelbagai benda, ini saya...dan cara saya makan nasi kerabu

Nasi kerabu adalah salah satu makanan kegemaran saya. Nasi kerabu sinonim dengan warna birunya yang kalau dirumah saya ada daun/bunga yang warna biru itu anda tahu kan? Yes, boleh jadikan pewarna secara semulajadi, cantik warna nasi anda nanti dan sihat lagi terang dan menyelerakan. Saya tak berapa berkenan dengan pewarna tiruan lebih rela makan nasi putih biasa sahaja.


CARA SAYA MAKAN NASI KERABU


ADUNAN KELAPA NASI KERABU


CARA SAYA MAKAN NASI KERABU


Key ingredient yang membuatkan nasi kerabu itu sedap bagi saya adalah aduan bahan kelapanya itu. Kelapa yang digoreng sampai warna keemasan dan dicampur dengan isi ikan (kembung@ selayang), lada hitam, bawang merah yang ditumbuk dengan sedikit halia. Lain orang lain cara penyediaannya. Namun, itulah bahan yang kalau takda memang tak feel.

NASI KERABU MEMBUATKAN ANDA HENDAK MAKAN SAYUR

Nasi kerabu juga membuatkan seseorang itu akan makan sayur. Sayur juga pelbagai yang boleh dimasukkan mengikut citarasa masing-masing. Sayur yang  selalunya sesuai digunakan dalam nasi kerbau seperti timun, kacang panjang, bunga kantan dan taugeh. Ada juga yang sukakan dedaun hijau akan masukkan ulam-ulaman. Ada juga yang tak suka taugeh tak makan lah kan. 

NASI KERABU

Macam cara saya makan (mungkin ada yang seperti saya), saya suka masukkan semua hirisan sayuran yang saya suka (timun, kacang panjang, bunga kantan dan taugeh) dan jadikan sebagai ala-ala mix vegetables (salad) jadi secara automatik kita tak boleh pilih sayur sebab dah dicampurkan, terus makan lama-lama akan jadi suka. Tetapi, ikut cara penyediaan ada yang tidak campurkan terus sayur-sayuran tersebut jadi anda boleh pilih contoh suka timun saja haaa hentam timun sahaja dalam pinggan hehe. Bagi saya, lagi senang kita mix kan sayuran dan lagi elok untuk dapatkan khasiatnya. Bagi yang suka sayuran berbeza, anda bolehlah mix kan sayuran yang anda suka.

SAYUR NASI KERABU


BUDU


RESEPI NASI KERABU


Ok, next is Budu, optional sebenarnya, kalau ada ok, saya akan ambik sedikit untuk taste kalau tiada budu pun ok juga. Asalkan key ingredient isi ikan dan mix vege itu ada! Hehe. Sambal, kalau yang suka pedas wajib ada, yang tak suka pedas mungkin akan ambil sedikit sahaja untuk nakkan rasa pedas-pedas manja macam saya suka pedas yang tak terlalu pedas. 


KEROPOK


Keropok! Yes, kena ada kalau nakkan satu excitement dalam makan nasi kerabu. Saya suka keropok a lot! Akan ambik banyak hehe. In case emergency tiada ok sahaja. Masuk bab protein, saya suka telur masin kalau yang beli dikedai nak nasi kerabu biasa memang mereka kan letak telur masin. Telur masin sangat sinonim dengan nasi kerabu. Kalau yang tak makan telur atau allergic telur ke boleh lah makan protein lain macam ayam atau ikan (ikan ini selalunya akan digoreng celup tepung). 

SEDAPNYA MAKAN NASI KERABU

Solok lada (atau anda panggil apa?). Lada yang disumbat kelapa, dimana kelapa itu di masak dengan campuran ikan dan santan. Ini juga optional kalau takda pun saya ok sahaja. 

Kuah. Ya, sememangnya ada nasi kerabu yang akan sediakan kuah tu kan. Saya tak berapa suka sangat, tetapi kalau ada saya akan ambik sedikit sahaja sebab saya sukakan nasi kerbau yang kering dengan kerangupan setiap inchi sayuran sihat..wahhhh kan. 

NASI KERABU KELANTAN


Baiklah, kesimpulannya bahan wajib yang mesti ada dalam nasi kerabu saya ialah adunan isi kelapa, campuran sayuran ala salad, keropok dan telur masin. Anda pula bagaimana? Kalau anda nak tahu macam mana cara saya tukar font style blog ini, saya ada kongsikan di sini dan rutin tips sihat 


Olive oil 30 plus beli online order disini






Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.