Header Ads

MUDAHNYA MENDELEY...

Tidak kisah anda sudah lama atau masih baru kerana mudahnya Mendeley ini bagi penyelidik. Dulu, penulisan bahagian rujukan menjadi "killer" bagi sayalah zaman degree dahulu tiada satu centre atau hub untuk menguruskan bahan-bahan bacaan yang kita rujuk secara online.

Mudahnya Mendeley by neuron nazeerah

MENDELEY AND ME

Tidak susah pun nak belajar Mendeley untuk beginner. Kalau nak yang advanced mungkin perlu menghadiri kursus.

Nak jadi old-school berpada-padalah bukan hanya makeup atau fashion sahaja kena ikut trend dalam penyelidikan pun sama. Ada yang baru sahaja tahu berkenaan Mendeley ini tetapi mereka sudah pun menyiapkan thesis mereka dan apabila nak sambung belajar, mereka semestinya perlu belajar. Rugi kalau anda tak cakna dan tidak tahu atau suka bertangguh.

EXCELLENT ELEMENT IN MENDELEY

Banyak manfaat dan "excellent element" dalam Mendeley ini sebab macam-macam penerangan ada yang kompleks dan ada yang tidak lengkap. Jadi, ini khas bagi yang beginner nak guna Mendeley untuk letakkan semua rujukan yang anda ada, tambah rujukan baru dan manage rujukan anda. Ada juga software yang boleh anda guna selain Mendeley seperti EndNote etc.

Mendeley juga penting kalau saya sendiri terjumpa artikel atau jurnal yang berkaitan dan saya berminat dalam melakukan kajian, saya terus akan export ke Mendeley berbanding dengan dahulu, kena download satu-persatu dan buat folder. Kalau folder dah corrupt? Folder banyak sangat? Lupa letak mana kalau yang jenis terlebih organize, hehe mungkin anda ada banyak subfolders yang lain. Jangan risau Mendeley ini free.

1. CREATE MENDELEY ACCOUNT

Create di www.mendeley.com dan sign in

2. MUAT TURUN & INSTALL MENDELEY SOFTWARE DESKTOP

Apabila sudah muat turun, boleh buka dan sign in guna email anda dan password yang sudah dicipta pada step 1 tadi. Pilih samada anda pengguna Windows atau Linux.

3. MUAT TURUN BROWSER PLUG IN & WORD/CITATION PLUG IN

Browser plug-in ini penting, anda mesti muat turun, kerana ianya berfungsi untuk export kan bacaan atau jurnal yang kita mahu dalam sesuatu laman web tertentu terus ke akaun Mendeley kita. Antara Browser yang selalu kita dengar dan guna seperti Google Chrome, Opera, Safari, Mozilla Firefox dan Internet Explorer. Saya pengguna Google Chrome dan kalau anda juga suka fokus guna satu browser lagi senang bagi saya ikut pilihan masing-masing. Browser plug-in atau nama lain Web Impoter @ Mendeley Importer (memang sudah ada di Google extension, chrome webstore)

Satu lagi plug-ini iaitu Citation Plug-in ini untuk Word bagi tujuan nak tulis dan set kan rujukan style anda di Microsoft Word dan buat citation (semestinya), boleh terus sync. Jadi, ianya mudah, cepat dan tepat. Boleh baca sahaja arahan dan muat turun disini 

4. BUAT FOLDER DALAM MENDELEY

Langkah ini bila anda sudah selesai muat turun semua yang diperlukan diatas. Anda mesti nak buat folder untuk asingkan rujukan anda. Namun ianya pilihan masing-masing kalau tidak mahu buat folder pun tiada masalah. Saya syorkan anda buat sebagai contoh satu folder untuk rujukan penulisan thesis master dan satu folder untuk rujukn penulisan thesis PhD.

5. MEMASUKKAN RUJUKAN KE MENDELEY

Ada beberapa kategori iaitu:
  • (a) Carian Mendeley
  • (b) Melalui browser internet
  • (c) Dari fail pdf:
    • pdf tunggal
    • folder
    • watch folder
  • (d) Secara manual


6. MEMASUKKAN RUJUKAN KE WORD

  • (a) Masukkan Citation
  • (b) Masukkan Bibliography


7. MENGUBAH STAIL RUJUKAN ANDA MENGIKUT UNIVERSITI DENGAN MENDELEY

Anda boleh masukkan stail yang anda mahukan dekat "more styles.." termasuk juga dengan stail rujukan untuk sesebuah jurnal seperti Nature, Human Nature dan banyak lag! Senanglah kalau anda nak submit paper dekat mana-mana portal jurnal yang high impact especially, hanya klik button install.

Nak ubah stail reference sudah mudah tak perlu melecehkan diri-sendiri lagi. Semuanya sudah automatik. Semestinya mudah, jimat masa dan tepat.

Do enjoy your writing everyone~ :-)

NOTA PENTING!!!

Naz ada buat perkongsian ENTRI TERBARU tentang MUDAHNYA MENDELEY VERSI TERBARU. Versi terbaru Naz huraikan yang point No.6 kalau yang ada masalah Mendeley icon tak keluar di Microsoft Word korang. Semoga bermanfaat ya!

Kalau korang ada masalah yang melibatkan ERROR 429 masa guna Mendeley, entri ini CARA PENYELESAIAN ERROR 429 MASA GUNA MENDELEY

BACA JUGA: Tips cari literature review 101

https://r.freemius.com/4123/4320872/

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.