CARA LAJUKAN VIDEO UPLOAD DI YOUTUBE
Pernah tak anda terfikir cara nak lajukan video upload di youtube? Pernah tak anda nak memuat naik video di youtube lambat sangat tahap boleh pergi korea 2 hari 1 malam? Youtube memang sudah bagi manual, yang baca ok, yang tidak tahu atau malas nak baca? Teruskanlah melambatkan diri anda itu hehe.
Saya terfikir nak kongsi sebab saya juga pernah mengalami masalah yang sama. Kalau video yang berdurasi pendek setakat 3-5min itu boleh tunggu lagi tetapi kalau video anda 30 min even 15 min atau 1-2 jam? Yes, lambat sangat. Ada juga yang membeli spesial CPU (kalau tidak silap) tidak pasti model apa dimana bila upload video memang zappp cepat.
Saya terfikir nak kongsi sebab saya juga pernah mengalami masalah yang sama. Kalau video yang berdurasi pendek setakat 3-5min itu boleh tunggu lagi tetapi kalau video anda 30 min even 15 min atau 1-2 jam? Yes, lambat sangat. Ada juga yang membeli spesial CPU (kalau tidak silap) tidak pasti model apa dimana bila upload video memang zappp cepat.
PERKARA ASAS YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM UPLOAD VIDEO DI YOUTUBE
Saiz ratio video anda. Sebelum ini saya main hentam sahaja ratio video jadi tak cantik dan sangat low class apabila kita lihat balik dalam youtube. BEST RATIO adalah 16:9 (width:height) untuk youtube.
FORMAT dalam MP4 sebab format ini sangat compatible dengan smarphone, streaming, laptop, komputer.
HD ada dua iaitu HIGH QUALITY (720p) dan VERY HIGH QUALITY (1080p).
LAJUKAN VIDEO UPLOAD DI YOUTUBE DENGAN CARA INI...
Saya nak kongsi tak payah susah payah nak beli itu ini untuk lajukan video upload anda di youtube lagi details disini. Dengan cara menyimpan video anda sebelum render dengan ciri-ciri yang betul seperti dibawah ini, anda akan melihat perubahan peratusan upload dengan masanya sangat singkat, sekejap sahaja dah nak sampai 100%, laju, mudah dan menyenangkan kerja. Kena cuba dahulu, baru tahu.
1. BITRATE (AUDIO & VIDEO) & FRAME RATE
-Bagi video 720p: Audio bitrate: 128 kbps ; Video bitrate: 5000 kbps; Frame rate: 24,25,30 (saya selalu guna 30)
-Bagi video 1080p: Audio bitrate: 128 kbps ; Video bitrate: 8000 kbps; Frame rate: 48,50,60
2. AUDIO: AAC-LC
- Channels : Stereo OR Stereo +5.1
- Sample rate: 96khz OR 48khz
3. AUDIO
- Channel jenis Mono: 128 kbps
- Channel jenis Stereo: 384 kbps
4. VIDEO
-H264
5. BAGI SDR UPLOAD (perkara yang perlu dilihat)
Bitrate bagi frame rate 24,25,30 : 5 Mbps (untuk 720p video)
Bitrate bagi frame rate 48,50,60 : 7.5 Mbps (untuk 720p video)
6. BAGI HDR UPOAD (perkara yang perlu dilihat)
Bitrate bagi frame rate 24,25,30 : 6.5 Mbps (untuk 720p video)
Bitrate bagi frame rate 48,50,60 : 9.5 Mbps (untuk 720p video)
Bitrate bagi frame rate 24,25,30 : 10 Mbps (untuk 1080p video)
Bitrate bagi frame rate 48,50,60 : 15 Mbps (untuk 1080p video)
SENANGKAN JANGAN SUSAHKAN
Masa anda nak simpan/ render video anda yang sudah siap edit dan sebagainya, bergantung kepada software yang anda gunakan, kalau ada ciri-ciri di atas seperti yang saya nyatakan, boleh ikut sahaja, kalau tiada tak apa boleh skip.
Ada yang pening, ok jangan pening , senang sahaja. Saya akan ambil beberapa perkara dari ciri-ciri yang saya nyatakan diatas ini seperti saya akan simpan video saya dalam MP4, dan saiz video yang saya selalu gunakan adalah 16:9, saya juga pastikan saya upload dalam HD 720p (high quality), H264 dengan audio AAC-LC, frame rate 30.
Selalunya saya guna audi stereo 384 kbps. Kalau saya simpan video 720p, semestinya bitrate audio saya guna 128 kbps dan bitrate video 5000 kbps. Selepas itu saya render dan save. Siap dan bila upload di youtube, ya saya rasa best sangat sebab cepat! Hehe.
Berbanding dengan dahulu, saya terus sahaja save by default, tetapi tidak compatible dengan apa yang youtube mahukan.
Kalau ada komen/ cadangan boleh komen sahaja saya amat alu-alukan komen anda semua. Selamat mencuba!
Post a Comment