THROWBACK BRAIN AWARENESS WEEK
Feeling throwback semasa menjadi fasilitator "Brain Awareness Week" (BAW), USM semasa pengajian master saya dalam bidang Neurosains. Seronok sebab pengalaman baru. Sejujurnya, saya bukan "fasi people" haha maksudnya tidak berapa suka jadi fasilitator, kerana saya lebih suka follow event dan relaks. BAW ini acara macam ko-kurikulum juga bagi batch kami dimana boleh letaklah dalam CV atau resume (yes). Penglibatan dari sekolah di sekitar Kelantan. Tetapi macam best pula jadi fasilitator ini.
I would say, first and second semester memang kena struggle. Saya boleh katakan perjalanan Master saya sangat best, senang dan menyeronokkan. Setiap manusia pengalaman berbeza, cuma yang belum sambung Master, sekiranya ada cita-cita, dengar cerita yang positif sahaja sebab bila dengar cerita yang negatif seperti Master ini susah, masalah projek, masalah dengan pensyarah itu semua akan buat kita down. Ya, saya punya pengalaman seronok, ada jugalah time struggle macam nak siapkan projek, buat thesis, assignment..etc...itu semua normal. Bergantung kepada anda untuk mengatasinya.
TUGASAN BRAIN AWARENESS WEEK
Tugasan sudah dibahagikan beberapa hari sebelum itu dan saya bersama rakan-rakan saya yang dalam kumpulan sama diberi tugasan untuk menyambut dan mengiringi pelajar ke tempat-tempat aktiviti yang sudah dibuat dan dirancang.
JADI FASILITATOR BRAIN AWARENESS WEEK
Antara yang saya ingat, membawa pelajar dalam makmal untuk penerangan yang dibuat oleh pensyarah pakar otak dan melihat otak (real punya) yang sudah diawet. Otak haiwan rasanya... hehe bukan otak manusia. Dalam makmal itu fasilitator kena demo belah otak untuk tunjuk dan penerangan sedikit-sebanyak tentang sampel otak itu. Buatlah penerangan bahagian otak yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti hippocampus, grey matter dan white matter, basically.
Bau otak yang diawet memang lah kan...tetapi ada juga campuran bau bahan kimia yang digunakan untuk mengawet itu kalau tidak mesti bau tahap tidak boleh masuk makmal pun hehe. Boleh tengok sendiri gambar dibawah ini bila budak sebelah itu tutup hidung dia masa cameraman nak ambil gambar aktiviti (hehe). Saya pula kena maintain acah hidung kebal hehe, tetapi lama-lama kita akan jadi boleh accept sedikit bau itu berbanding dengan mula-mula masuk makmal. Biasalah.
Ini pula gambar yang penuh. Mereka semua memang ada sifat ingin tahu dan bagi soalan yang saya boleh jawab tanpa fikir untuk kelentong (hehe).
WRAP UP BRAIN AWARENESS WEEK
Gambar style top view ini diambil untuk kenangan. Semua kena masuk dalam gambar, jadi kena ambil gambar macam inilah. Kepada yang junior batch selepas kami, semoga dapat exit as Master or ada yang boleh sambung PhD terus (bagi yang layak untuk tukarkan Master kepada PhD) ada yang layak tetapi memilih untuk exit as Master sebab nak buat PhD ditempat lain (ikut minat dan pilihan masing-masing)
Saya juga ada post berkaitan cara lepak di kinokuniya malaysia kalau sesiapa yang belum ke sana atau tak tahu nak lepas dimana asyik tengok wayang atau penat shopping simple post but I would say this is me and my blog bloggingherway sangat hehe :-)
Post a Comment