CARA LEPAK DI KINOKUNIYA MALAYSIA
Membeli-belah atau membaca buku? Ini kisah kerdil saya tentang cara lepas di Kinokuniya Malaysia
KENAPA SAYA LEPAK DI KINOKUNIYA MALAYSIA ?
Dahulu sekitar tahun 2011-2012 semasa di Kuala Lumpur, kalau pergi hang out sendirian lagi, saya ini pelik sedikit mungkin ada yang sama seperti saya yang suka lepak di Kinokuniya Malaysia paling lama dalam 1 jam (ada yang lagi lama?) untuk baca buku tanpa beli! Kinokuniya Malaysia saya selalu lepak di KLCC dan memang ada sudut bacaan. Makanya, melilaulah mencari buku. Saya suka bahagian buku motivasi/ inspirasi dan saya bukanlah penggemar novel sejati.
1. Masuk jangan terus duduk dan baca, ambik feel dahulu tawaf untuk lihat kalau ada buku yang anda suka masuk, buku-buku yang hotselling, bestseller author yang anda tak kenal dan baru nak kenal. Anyway it depends on situation kalau ramai waktu itu boleh teruskan misi anda untuk terus baca sebab tidak terlalu nampak gerak-geri kita yang obvious itu.
2. Saya suka cari tempat yang agak tidak ramai orang lalu, sekiranya masih kosong dan kalau kebiasaannya penuh, carilah tempat duduk yang selesa di situ.
3. Baca buku fokus sebab orang tak berani tegur sebab kita khusyuk membaca katanya.
4. Ditambah dengan lagu iringan dalam Kinokuniya itu yang sesuai untuk trigger beberapa 'selected' brain waves dalam memastikan kita terus jaga untuk membaca bukan untuk tidur.
5. Habiskan satu buah buku pun sudah cukup, jangan buat Kinokuniya Malaysia anda punya rumah kedua pula :-)
6. Kalau mahu beli buku lagi bagus dan kalau tidak beli satu buah buku pun boleh keluar dengan senyuman dan ucap terima kasih dikaunter atau anda boleh buat-buat tanya harga... like yes pretend to be like you really want a book (but not)
LEPAK DI KINOKUNIYA MALAYSIA? ANDA PILIH
Tepuk dada tanya minat masing-masing jangan kata orang poyo pula hehe. Ada yang tidak suka lepak di Kinokuniya atau pergi sana untuk beli buku. Oklah, setakat ini dahulu coretan ringkas ini. Ada komen atau cadangan boleh tulis di ruangan komen dibawah.
Post a Comment