TERKEJUT BILA TAHU AUNTY INDIA ITU...
Ini kisah benar kenapa dan apa ada pada tajuk ini, terkejutnya bila tahu aunty India itu...sedemikian.
Saya duduk berdekatan seorang aunty berbangsa India, jadi senang cerita panggil aunty lah kan, dia mungkin hendak ke satu destinasi untuk berjumpa seseorang. Sewaktu menunggu, aunty itu memakai earphone, tetapi saya sayup-sayup kedengaran macam bunyi datang dari earphone itu tetapi tidak jelas, ia macam kalau seseorang itu memasang muzik atau apa sahaja audio dengan volume yang tinggi sehingga orang sebelah boleh dengar tetapi tidak jelas bunyi itu bunyi apa. Aunty itu macam datang seorang diri sahaja tiada yang menemani beliau.
Lama-kelamaan, bila orang sudah mulai meninggalkan hentian itu, aunty itu datang kepada saya (seingat saya), tetapi kami sempat berbual dan dia bertanya kepada saya tentang destinasi yang dia hendak tuju dan sememangnya dia adalah orang luar yang datang di tempat daerah saya. Aunty itu bertanya kepada saya, berapa lama agaknya nak sampai ke destinasi yang dia hendak pergi itu sambil memberitahu tentang nama tempat yang dia hendak pergi itu. Saya menjawab, tidaklah berapa jauh tambahan pula keadaan trafik waktu awal pagi agak lengang.
Rugi kita, sebagai umat Islam sejak azali lebih-lebih lagi kalau kita tidak berasa kagum dengan mukjizat AL-QURAN yang terpelihara ini. Tepuk dada tanya iman. Fenomena media sosial samada baik atau sebaliknya pada saat ini adalah dugaan bagi umat Islam dalam terus meningkatkan kekerapan dalam berdampingan dengan Al-Quran. Pesanan juga kepada diri saya sendiri.
Sama-sama kita doakan supaya aunty itu mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah (S.W.T). Ameen.
PENGALAMAN KERDIL KISAH "TERKEJUT BILA TAHU AUNTY INDIA ITU..."
Sekitar tahun 2016-2017 sewaktu saya pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur, saya sepatutnya berhenti di hentian berdekatan dengan rumah saya seperti biasa, namun disebabkan waktu pada ketika itu adalah sekitar jam 5-6 pagi, saya terlepas satu hentian tetapi tidaklah berapa jauh. Kemudian, saya menelefon adik saya untuk mengambil di hentian itu. Sambil menunggu, ada juga beberapa orang yang juga menanti keluarga masing-masing barangkali di hentian itu.Saya duduk berdekatan seorang aunty berbangsa India, jadi senang cerita panggil aunty lah kan, dia mungkin hendak ke satu destinasi untuk berjumpa seseorang. Sewaktu menunggu, aunty itu memakai earphone, tetapi saya sayup-sayup kedengaran macam bunyi datang dari earphone itu tetapi tidak jelas, ia macam kalau seseorang itu memasang muzik atau apa sahaja audio dengan volume yang tinggi sehingga orang sebelah boleh dengar tetapi tidak jelas bunyi itu bunyi apa. Aunty itu macam datang seorang diri sahaja tiada yang menemani beliau.
Lama-kelamaan, bila orang sudah mulai meninggalkan hentian itu, aunty itu datang kepada saya (seingat saya), tetapi kami sempat berbual dan dia bertanya kepada saya tentang destinasi yang dia hendak tuju dan sememangnya dia adalah orang luar yang datang di tempat daerah saya. Aunty itu bertanya kepada saya, berapa lama agaknya nak sampai ke destinasi yang dia hendak pergi itu sambil memberitahu tentang nama tempat yang dia hendak pergi itu. Saya menjawab, tidaklah berapa jauh tambahan pula keadaan trafik waktu awal pagi agak lengang.
RUPA-RUPANYA AUNTY INDIA ITU...
Apabila aunty itu ingin bercakap dengan saya, sememangnya dia menanggalkan earphone dan saya semakin dapat dengar dengan lebih jelas bunyi yang kedengaran dari earphone dia. Bila otak saya dah dapat detect apa bunyi itu dan saya tanya, aunty Islam ke? Aunty itu menjawab "Tidak, tapi saya suka dengar sebab bila dengar saya rasa tenang, walaupun tidak faham". Ya, pembaca sekalian yang sudi baca, aunty itu dengar alunan audio ayat Al-Quran. Suatu pengalaman yang singkat namun impak dia membuatkan saya menulis juga kisah ini pada tahun 2018.Rugi kita, sebagai umat Islam sejak azali lebih-lebih lagi kalau kita tidak berasa kagum dengan mukjizat AL-QURAN yang terpelihara ini. Tepuk dada tanya iman. Fenomena media sosial samada baik atau sebaliknya pada saat ini adalah dugaan bagi umat Islam dalam terus meningkatkan kekerapan dalam berdampingan dengan Al-Quran. Pesanan juga kepada diri saya sendiri.
Sama-sama kita doakan supaya aunty itu mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah (S.W.T). Ameen.
Post a Comment