CARA POST DI INSTAGRAM IKUT ALGORITHM 2018
Cara untuk post di instagram tahun 2018 dan semoga entri kali ini memberi manfaat kepada anda semua pembaca blog yang dihormati sekalian.
ALGORITHM BAGI INSTAGRAM TAHUN 2018
Super simple post kali ini, namun saya harap dapat sedikit sebanyak berkongsi rahsia algorithm instagram bagi tahun 2018.
1. Setiap kali instagram atau facebook sekali pun mungkin twitter pun sama, keluarkan FEATURE yang terbaru, anda perlu guna. Untuk IG macam follow by hashtag (#) baru ada kan tahun 2018 ini satu lagi contoh features, IG story dan sebagainya .Sebab bila anda guna produk mereka, akan appreciate anda sikit dan mereka akan noted anda dalam database mereka yang mengatakan "ohhh this person guna features baru", jadi engagement akan naik dan kalau anda perasan, bila anda follow by hashtag, IG anda juga akan pop up dalam kalangan mereka yang follow juga hashtag yang sama jadi boleh gain organik followers kat situ. Kebiasannya mereka yang follow by hashtag ini juga mempunyai minat dan interest yang sama dengan kita.
2. Bila anda buat caption dibawah gambar, JANGAN EDIT balik bila silap taip ke, pastikan check spelling atau ayat nak guna sebelum post sebab kalau anda edit, ia akan menganggu engagement IG. Ini kena tanya tuan punya buat IG lah hehe kenapa dia buat macam tu. Pernah juga saya ada edit, dan IG saya tetiba jadi hang.
3. Disarankan guna lebih kurang dalam 5 HASHTAG sahaja dalam caption sebab IG lebih kepada GAMBAR. Jadi majoriti nak tengok visual dan attention itu penting. Boleh tulis caption ayat-ayat yang simpel tetapi padat dengan isi.
4. Gambar atau video kalau yang berKUALITI lagi bagus mungkin dari segi pixels.
5. Manfaatkan mereka yang KOMEN IG anda. Lagi banyak orang komen, lagi tinggi engagement anda dapat (ini sama juga dengan Algortihm Facebook 2018).
Jadi, anda amat digalakkan untuk reply komen IG supaya bertimbun-timbun komen hehe. Sebab itu ada yang jumpa IG post acah tulis "Nak tulis apa ye caption untuk gambar saya ini?" Jadi secara automatik yang tengok gambar itu akan komen bagi cadangan kepada anda untuk idea nak letak caption apa dan secara tak langsung akan ada banyak komen dan tinggilah engagement anda dapat. Setuju?
6. Gunakan hashtag yang popular atau trending untuk naikkan engagement dan juga boleh create unik hashtag anda sendiri yang orang tak buat lagi meaning anda orang pertama buat hashtag itu.
ALGORITHM INSTAGRAM TAHUN 2018 AKAN BERUBAH?
Biasalah, tidak boleh nak jangkakan jikalau tukang buat instagram ini tukar pula algorithm, namun basicnya kena guna apa jua feature atau ciri terbaru yang mereka sudah keluarkan atau akan dikeuarkan nanti. Kalau ada sebarang tambahan boleh kongsikan diruangan komen dibawah. Cadangan? Saya amat alu-alukan.
Anda juga boleh tukar tulisan blogspot tau dengan mudah saya juga ada kongsikan cara tukar font untuk blogspot. Selamat mencuba! Jumpa lagi dilain post!
Post a Comment