Header Ads

Hidup Bak Taburan Normal - Slot Otak Kanan

Naz rasa semua tahulah graf taburan normal masa kita belajar matematik kan? Korang suka ke bab itu? Korang rasa Covid-19 habis bila? Habis ke tak? Ada yang kata sampai 2024. Entahlah. Tapi kan sebagai umat Islam, kebergantungan kita adalah pada Allah (S.W.T) tak kisah susah atau senang. Bukan susah sahaja kita cari Allah (S.W.T).... always.

Hidup Bak Taburan Normal - Blog Neuron Nazeerah

Taburan Normal Kehidupan

Kalau tengok graf itu, ada kawasan yang majoriti banyak, yang kurang sikit, yang lebih juga sedikit. Naz, lebih kepada pendapat....sebagai contoh, golongan B40, M40 dan T20. Korang rasa golongan manakah yang majoriti di Malaysia ini?

Kalau korang baca buku Robert T. Kiyosaki dengan Donald Trump bertajuk "Why We Want You To Be Rich", ada satu pendapat yang Naz agak tak puas hati daripada Donald Trump yang nak adalah masyarakat T20 sahaja, jadi dia nak wujudkan masyarakat yang kalau korang tak kaya, korang akan miskin, no medium masyarakat kata Donald Trump. Sebab itulah tajuk buku itu "Why We Want You To Be Rich" kalau tak, korang kena jadi miskin, ikut kepala Trump tu, dia nak shrinking kan golongan pertengahan.

Korang boleh tengok bagaimana situasi di India, majoriti sistem kasta yang diamalkan dan berlainan kepercayaan, boleh beza kaya dan miskin sebab diaorang juga tiada golongan medium. Masyarakat dah jadi tak normal bagi pendapat Naz.

Di Malaysia, Naz rasa kita ikut graf taburan normal, siapa setuju?

Di Malaysia, Naz rasa kita ikut graf taburan normal, siapa setuju? Nak masuk T20, sah-sah korang kena buat perniagaanlah sebab 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Boleh bantu golongan yang mungkin mereka ada masalah sendiri yang kita tak tahu dan sebab itu Islam itu lengkap, kita diwajibkan bayar zakat. Solat dan zakat tak putus disebut dalam Al-Quran.

Covid-19 dan Impak Taburan Normal Kehidupan

Bacaan graf taburan normal zaman Covid-19 ini semestinya berubah sebab ada yang perniagaan terjejas sana sini, ada yang makin untung, ada yang terjejas tak leh bincang. Jadi...kemungkinan graf masih berbentuk taburan normal, namun kuantitinya berubah-ubah. 

Penutup

Ingat, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Pandemik ini, mengajar kita erti kesabaran yang sebenarnya. Semoga semua pembaca blog Neuron Nazeerah dimudahkan urusan dunia dan akhirat. Doa sama-sama, Allah (S.W.T) itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Believe It, to Achieve It!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.