Header Ads

Tips Dapatkan Target Dalam Jualan (Neuromarketing 101) - Blog Neuron Nazeerah

Tips neuromarketing kali ini, tentang nak set kan harga atau item yang anda nak jual supaya target itu dibeli. Beli atau tidak itu subjektif. Tapi, sudah ada yang lakukan, hanya anda sedar atau tidak sedar sahaja. Tambahan lagi, kalau anda rasa ini satu teknik, maka jom lah aplikasikan dalam perniagaan anda! Insya-Allah... Naz doakan semua murah rezeki selalu ok.

Teknik Umpan Bukan Untuk Memancing Sahaja...

Ok, dalam istilah neuromarketing teknik umpan ini dinamakan sebagai decoy effect. Teknik decoy (umpan) ini, sering kita lihat dah terbeli pun kan?

Tips Dapatkan Target Dalam Jualan Neuromarketing 101 - Blog Neuron Nazeerah

Gambar kat atas ini ada 3 elemen penting. Target, pesaing (competitor) dan umpan (decoy). Aplikasi ini berbeza-beza berdasarkan apa yang anda nak jual, harga, kebaikan produk, pembeli itu sendiri dan target jualan. Contoh ini, Naz jadikannya mudah nak faham.

Ok, dalam situasi sebagai contoh, anda nak naikkan jualan bagi popcorn yang bersaiz medium, maka saiz medium itu termasuk dalam elemen target manakala popcorn bersaiz small termasuk dalam elemen pesaing (competitor) dan larger+free mini masuk dalam elemen umpan (decoy). Faham kan? 

Saiz popcorn MEDIUM sebagai elemen TARGET kerana anda dah rancang aku nak naikkan jualan anda dalam harga itu. Manakala, saiz popcorn SMALL diletakkan sebagai elemen PESAING (COMPETITOR) kerana ianya boleh menjadi suatu pilihan manipulasi kepada pembeli dimana mereka kemungkinan nak beli yang murah itu (small) ke atau nak yang mahal sikit (medium), tapi dapat banyak, dan tambah seringgit sahaja?

Manakala, saiz popcorn LARGER sebagai UMPAN (DECOY) dimana, pembeli akan merasakan yang saiz popcorn medium (target) itu murah. Jadi yang saiz larger itu hanya umpan dalam menaikkan jualan saiz medium...mereka kemungkinan tak nak beli sebab tak makan banyak dan mahal?

Biasanya, teknik umpan ini ada pelbagai jenis cara dan aplikasi bergantung kepada produk yang mahu dijual.

Neuron Nazeerah Official Bright Logo Blogger

Jadi, kan Naz dah bagitahu sebelum ini yang hasil itu subjektif. Jadi, bila pakai teknik ini anda perlu audit setiap bulan, jualan saiz popcorn yang manakah paling tinggi. Oleh itu, anda bukan hanya jual satu pilihan sahaja kepada pelanggan. Kan?

Teknik umpan ini ada pelbagai jenis cara dan aplikasi bergantung kepada produk yang mahu dijual.

Sekiranya, jualan saiz small yang naik berbanding dengan saiz medium yang anda target itu, maka hasilnya itu boleh disimpulkan yang saiz medium itu telah membuatkan saiz small naik sebab orang nak beli juga yang paling murah. Sebab hasil kita tak tahu kan?

Penutup

Jadi, anda rasa nak jual produk secara tunggal atau nak gunakan teknik ini dalam memberi banyak pilihan kepada pelanggan nanti?

Boleh kongsi dan semoga bermanfaat!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.