Header Ads

Kenapa Kes Covid-19 Masih Tak Turun? - Slot Otak Kanan

Bukan apa, rasa-rasalah mungkin tahun 2024 lah kot baru habis wabak Covid-19 ini. Wallahu'alam. Allah (S.W.T) Maha Mengetahui. Selain daripada dugaan seluruh dunia. Tapi, Naz ada baca satu post Bill Gates kata yang tahun 2021 even worse....entahlah...anyway Covid-19 ini wujud lah. Hmmm.

Kenapa Kes Covid-19 Masih Tak Turun? - Slot Otak Kanan


Bawah ini senarai jangan ambik serius sangat sebab entri ini berbentuk emosi. LOL.
  1. Virus kan mudah mutant, sebab itu banyak varian baru muncul yang bahaya sekarang strain Delta.
  2. Rentas daerah dan negeri....lebih-lebih lagi secara rahsia.
  3. Tak patuh dan ambil enteng pasal SOP.
  4. Aktiviti beramai-ramai tak kisah raya ke atau geng politikus.
  5. Ada lorong tikus.
  6. Degil.
  7. Tak cakna.
  8. Langgar tempoh kuarantin.
  9. Tak pergi klinik, call lah dulu kata bergejala atau tidak.
  10. Tak ada empati bak kata pepatah "sudah terhantuk baru tengadah"
  11. Yang bekerja, kalau ada kes tolonglah jangan senyap. Korang bukan manusia ke?
  12. Acah tak takut virus ini? Bukan takut virus yerr korang. Haishh.
  13. Tak sabar tunggu virus betul-betul clear 14-28 hari masa kita sudah capai pun 0 kes dulu! DG Hisham dah mention benda ini kan.
* Kalau ada lagi sila tambah dalam hati.

Pesan dekat orang sekeliling, KKM sangat penat dan katil semakin memenuhi kapasiti maksimum. Semoga kita semua akan bebas wabak ini tak lama lagi. Jom selamatkan Malaysia. Ameen.

Penutup

Apapun alasan kita, semua kena lockdown dan ya...semua ada kesan masing-masing. Namun, kita kena pasrahlah tak leh marah-marah dah sebab tak ada guna now kena total usaha semua orang. Peristiwa atau kesilapan yang sudah berlaku pun, ambil iktibar bersama.

Yang lain kita berserah pada Allah (S.W.T).

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.