Anda Tanya, Neuron Nazeerah Jawab - Blog Neuron Nazeerah
Waktu Naz dahulu, kos neurosains Batch 2 yang terawal. Batch 1 senior Naz, ada 4 orang sahaja. USM adalah universiti yang diberikan status swaakreditasi (Self-Accreditation) April 2010. Tak semua universiti lepas. Pendek kata, kena universiti yang power-power lah kan atau ada kriteria yang tertentu. Ada beberapa universiti sahaja yang dapat status ini.
Apa istimewa? Kalau nak buat kos baru di Malaysia, universiti yang ada status Self-Accreditation ini boleh cepat buat tanpa ada MQA dulu jadi universiti ini penilaian dia, Jawatankuasa Senat yang buat. Tapi universiti ini kena pastikan program ini berjaya. Subjek memang sampai kiamat sama sahaja yang pelajar akan belajar. Sebab kalau tiada graduan yang berjaya dilahirkan, maka program itu gagal. Kan?
MQA akan pantau dan program baru itu akan dapat MQA juga nanti dengan no. rujukan sekali dan tarikh akreditasi kemungkinan akan mereka tulis yang terbaru sebab pantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Macam program yang dah lama, tapi di jenamakan semula dan tarikh akreditasi pun juga automatik bertukar.
Namun, pelajar yang sudah bergraduasi itu ada kelayakan, melainkan kos itu memang belum dapat apa-apa akreditasi MQA dan bukan daripada senarai universiti yang ada status swaakreditasi.
Soal sesuatu kos itu ada keperluan ke tidak dalam perkhidmatan awam biasanya itu lain cerita pasal kos yang perlu pun tak semua diperlukan kan? Banyak persaingan disitu.
Jadi, ramai yang grad kos lain, kerja lain. Melainkan korang nak apply dalam mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam benda ini diambil kira atau nak selamat, tak pun korang pergi ke sektor swasta. Rezeki itu luas. Insya-Allah.
My colleagues yang grad sekali dengan Naz sorang kerja di Wiley Neuroscience, Australia, ada sorang sambung PhD di University of Hong Kong (HKU), sorang lagi sambung PhD di USM itu juga.
Apakah faedah dan keistimewaan yang dinikmati oleh universiti yang dianugerah perakuan status swaakreditasi?
Universiti terbabit boleh mengakredit program pengajiannya sendiri melalui Jawatankuasa Senat mereka tanpa melalui MQA.
Justeru universiti berstatus Swaakreditasi menikmati lebih ruang mengoptimumkan tumpuan dan sumber dalam memperkasakan kualiti program pengajian yang ditawarkan.
Malahan universiti berstatus Swaakreditasi diharapkan dapat melaksanakan akreditasi program mereka sendiri dengan lebih cepat walau tanpa penglibatan MQA.
Status swaakreditasi boleh di gunakan sebagai satu lambang kekuatan universiti dalam menarik minat pelajar dan pengajar.
Petikan diatas dipetik dari laman web rasmi MQA: https://www2.mqa.gov.my/portal_swa/bm/FAQ_bm.cfm
Wallahu'alam. Semoga bermanfaat.
Post a Comment