Header Ads

OTAK TENGAH (MIDBRAIN)

Dari segi fizikal, otak manusia ada 2 bahagian iaitu kanan dan kiri yang dicantumkan dengan corpus callosum. Dulu ingatkan otak tengah ini corpus callosum, bila rujuk dan baca balik, otak tengah adalah midbrain (dalam English). Dari segi anatomi, tanpa Corpus callosum ini, makanya otak kiri dan otak kanan tidak boleh bergabung sama sekali.

Corpus Callosum, Sumber: Life Sciences Databases


OTAK TENGAH PELBAGAI SUDUT PANDANG @ VIEW

Naz tak nak cakap teknikal sangat tentang topik ini. Kongsi selagi boleh dikongsi untuk kebaikan bersama. Otak kiri dan otak kanan sememangnya memerlukan antara satu sama lain. Biasanya jarang cakap otak tengah kan? Asyik-asyik otak kanan dan otak kiri. 

Otak tengah dalam English midbrain juga dipanggil mesencephalon berfungsi dalam mengawal pergerakan, visual dan auditori dalam otak. Total ada otak depan (forebrain), otak tengah (midbrain) dan otak belakang (hindbrain). Contoh salah satu fungsi, buka tutup kelopak mata korang otak tengah inilah yang in-charge sebab terdapat sambungan saraf ke mata dan kelopak mata. 

Lokasi otak tengah bahagia pandang bawah
Sumber: Facebook page Be Brain Bae

Jangan serabut dengan kekalutan label gambar diatas Naz cuma nak tunjuk lokasi otak tengah sahaja LOL! Yang warna biru muda tengah-tengah itu. Dari sudut pandang bawah atau ventral view.

Kat bawah ini pulak sudut pandang sisi @ lateral view dan masih korang tak nampak otak tengah.

Lateral view of the brain blog neuron nazeerah
Sumber: Facebook page Be Brain Bae

Bawah ini zoom lagi bahagian yang hidden itu bagi jelas dan faham sikit.

Sumber: Facebook Clinical Anatomy and Operative Surgery

Bawah ini pula yang sudut pandang apabila otak bahagian lateral view tadi dipotong jadilah ia Sagittal view dimana anda boleh nampak anatomi otak tengah, pons dan medulla.


FUNGSI OTAK TENGAH

Otak tengah ada 3 bahagian utama (Tegmentum, Colliculi dan Cerebral Peduncles). Ketiga-tiga bahagian tersebut ada fungsi masing-masing secara amnya, kerosakan otak tengah akan melibatkan masalah penglihatan, pergerakan dan pendengaran.

Tegmentum

Ada 2 bahagian utama iaitu nukleus yang berwarna merah/pink (kaya dengan zat besi) dan bahagian yang berwarna kelabu (padat dengan grey matter). Sedikit pasal grey matter ini kawasan otak yang ada banyak cell body. Bahagian warna kelabu di Tegmentum ini dinamakan periaqueductal grey yang menekan rasa sakit dan mengawal koordinasi badan. Secara amnya, Tegmentum ini membantu kita dalam mempersiapkan badan supaya sentiasa berjaga-jaga.


Colliculi

Kumpulan saraf membentuk beberapa kelompok yang dinamakan superior colliculi dan inferior colliculi. Superior lebih kepada fungsi dalam memproses gambar/visual sebelum isyarat (signals) ke bahagian otak yang lain iaitu occipital lobe (bahagian belakang otak). 

Manakala, inferior berfungsi dalam memproses suara/bunyi yang melibatkan pendengaran sebelum  isyarat dihantar ke bahagian otak yang lain iaitu melalui thalamus ke pusat pemprosesan pendengaran utama di korteks. 


Cerebral Peduncles

Bahagian belakang otak tengah mengandungi sepasang kumpulan/kelompok/bundles fiber saraf besar yang menghubungkan bahagian otak yang lain ke otak depan. Cerebral Peduncles ini seakan highway untuk isyarat yang perlu dihantar dari korteks ke bahagian lain dari sistem saraf pusat (CNS), dan sangat penting untuk koordinasi tubuh badan.

Ada struktur dinamakan substantia nigra yang diapit oleh Cerebral Peduncles dan Tegmentum. Substantia nigra, sekumpulan neuron berpigmen gelap dengan sel (mengandungi melanin - hormon tidur) yang menghasilkan neurotransmitter Dopamine, lapisan neuron ini ialah relay station yang penting untuk isyarat saraf sistem CNS yang menyelaraskan pergerakan kita. Kawasan ini secara khusus rosak di Parkinson's Disease.




Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.