Header Ads

BAGAIMANA WARNA MEMPENGARUHI MINDA ANDA

Dunia ini penuh dengan warna. Ada ke orang nampak hitam putih sahaja? LOL. Even yang rabun warna pun masih melihat warna walaupun tidak sama. Kajian saintifik ada membuktikan secara generalnya warna itu boleh mempengaruhi minda seseorang. Jangan annoying tengok gambar dibawah ini! Bagilah kita nak feeling sikit. Hehe. Ini adalah sedikit perkongsian dan pandangan Naz ok.

Bagaimana warna mempengaruhi minda anda blog nazeerah

ADA APA PADA WARNA?

Kebiasaannya, sesuatu gambar mempunyai warna. Anda pun mesti ada warna kegemaran atau warna tidak suka kan?. Macam Naz tak suka tudung coklat..LOL...kalau boleh tak nak ada dalam koleksi tudung or selendang if ada bagi orang lain. Orang ada cakap yang anda, ada warna anda sendiri...Naz rasa warna Naz biru. Perhaps.

Otak mempunyai beberapa kawasan yang berperanan dalam memproses visual ini, termasuk warna dan wajah. Sebelum membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara, kajian saintifik terutamanya perlu memperolehi dapatan kajian yang konsisten sebelum boleh dibuktikan kesahihan sesuatu masalah.

BAGAIMANA WARNA MEMPENGARUHI EMOSI DAN MINDA ANDA?

Mungkin dalam dunia ini, tidak semua perkara boleh dibuktikan secara saintifik. Bagi yang terbukti, ok. Warna boleh memberi pengaruh kepada emosi seseorang. Ada satu kajian saintifik yang dilakukan dalam mengetahu kawasan otak yang memproses sesuatu gambar ini dan kaitannya dengan warna.

Secara umumnya, ada beberapa kawasan dalam otak yang berperanan dalam memproses gambar dan kelompok saintis tersebut membuat kajian ada 3 kawasan (V1,V2,V3) yang terlibat dalam konteks kaitannya dengan pengaruh warna dengan emosi seseorang. Kemungkinan kajian tersebut memfokuskan kepada 3 kawasan tersebut. Kalau nak baca lebih lanjut tentang kawasan tersebut disini Naz link kan for your quick read.

Bagaimana mereka boleh tahu? Mereka mengetahui apabila adanya karakter gelombang otak yang dikatakan mengalami perubahan secara konsisten apabila warna-warna tertentu diperlihatkan. 

Ada satu lagi kajian tingkah-laku iaitu animal study cenderung kepada kajian bersifat Neurobehaviour ada sedikit merge ilmu dengan psychology stuff. Kajian saintifik yang menggunakan cahaya yang ada warna MERAH, BIRU dan PUTIH. Naz nak highlight dimana, mereka buat kesimpulan yang cahaya yang berwarna merah lebih membuatkan seseorang itu lebih tenang atau less depressive, apabila waktu malam atau dalam keadaan yang tiada cahaya. 

Seringkali, sebagai contoh dalam bisnes asal warna merah sahaja, orang akan cop kita pandai marketing. KFC, Pizza Hut warna tema merah. Ada juga kata yang warna merah dapat membuka selera makan. 

Cuma mungkin Naz boleh tambah disini, warna merah dapat kurangkan tekanan dan manusia boleh buat keputusan yang lebih baik, kerana emosi mereka stabil. Kan? Ini pandangan Naz, jika nak kaitan dengan dapatan kajian saintik tersebut. 

Ada juga yang tidak menggunakan warna merah dalam perniagaan mereka, ok sahaja cuma bagaimana kita mahu memanipulasikan otak secara separa sedar itu mungkin perlu kajian yang berkaitan dan terperinci.


Blogging her way blogspot by neuron nazeerah

Antara sedikit rujukan:

Zhang, H. and Tang, Z., To judge what color the subject watched by color effect on brain activity, International Journal of Computer Science and Network Security, 11(2), 80–83, 2011.
Ellis, M., Depressed mood could be lifted by color of nightlight, p. 284, August 8, 2013. Retrieved from http://www.medicalnewstoday.com/articles/264507.php

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.