Header Ads

FAEDAH SENAMAN KEPADA OTAK

Senaman dan seumpamanya melibatkan aktiviti atau senaman aerobik/fizikal (dapat oksigen) dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan secara baik. Pertumbuhan saraf yang terbantut akan menyebabkan penyakit berkaitan perkembangan saraf dan dapat mengurangkan risiko dari mendapat penyakit Alzheimer's, strok dan lain-lain.


SENAMAN DAN KEBAIKAN KEPADA OTAK

Meningkatkan bekalan oksigen kepada otak...hello! Tak cukup oksigen jadi mengantuk ok! Selain itu, senaman baik dalam mempercepatkan pemulihan tekanan mental dan mengurangkan keresahan (anxiety). Ada lagi satu, kalau mengantuk kan minum air sebab air ada oksigen.

Senaman juga dapat menguatkan memori dan pemikiran seseorang. Meningkatkan pertumbuhan sel-sel otak dan hormon yang diperlukan bagi sel-sel otak. 

Salah satu bahagian yang penting dalam pembelajaran dan memori manusia adalah hippocampus sebab banyak laluan/unjuran (projection) sel otak di situ. Jadi, senaman dapat meningkatkan fungsi hippocampus tersebut. 

ANTARA SENAMAN YANG SESUAI UNTUK OTAK

Senaman seperti berjalan, jogging, berlari, zumba maybe LOL, boleh juga berbasikal lebih kurang dalam 30 minit pun dah ok dalam sehari jadi carilah masa.

Anda boleh juga bercucuk-tanam atau melakukan aktivit-aktiviti rumah sekiranya tidak mempunyai masa atau ada kekangan dalam mengatur jadual anda. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Semoga bermanfaat!


Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.