KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL
Masyarakat cakna minor dan major secara berkala kepada kelompok komuniti dalam memberikan maklumat apatah lagi kesedaran apabila berhadapan atau ada dalam kalangan ahli keluarga mereka yang mengalami penyakit berkaitan mental ini.
MACAM MANA NAK SEDARKAN ORANG RAMAI?
Tarikh 10 Oktober merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang telah diisytiharkan oleh WHO. Jadikan tarikh ini dalam menganjurkan kempen, karnival atau ceramah dan sebagainya dalam mendedahkan orang ramai secara umumya dengan lebih teratur, agresif dan berkesan.
Yang banyak kena tekanan ini orang muda sekitar umur 19-29 tahun dimana angka itu adalah lingkungan umur bagi penyebab kedua kematian iaitu bunuh diri dalam kalangan umur tersebut. Lepas itu umur lingkugan 13 dan 17 tahun, peratusan bunuh diri semakin meningkat dari tahun 2012 ke tahun 2017.
PERANAN ORANG TERDEKAT
Orang terdekat seperti ibubapa, keluarga, saudara-mara, kawan, rakan sekerja (yang membentuk masyarakat) perlu dititikberatkan dari masa ke masa supaya golongan ini dibantu bukan dibuntukan lagi mereka.
Ok, skema kan sharing Naz kali ini, sebab ada satu berita atau berita yang Naz terbaca yang anak dia ini ada Bipolar Disorder dan ibubapa salahkan anak mereka?! Sebab itu kekadang dengan menilai isu ini dari sudut yang besar, dimanakah kefahaman ibubapa tersebut tentang apa itu Bipolar Disorder ini?
Pakar ada, tanya hati kita. Tepuk dada tanya hati. Nak tahu, cakna. Tak cakna, merana. Kelak masyarakat menderita ternoda dek keengganan benak minda.
Post a Comment