Header Ads

ePENJANA RM50 DAN NEUROSAINS

Tipulah siapa tidak mahu RM 50 yang diberikan tidak kira siapa anda. LOL. Termasuklah saya. Hehe. Masa menulis ini baru jer apply masih tunggu disahkan. LOL. Korang shopping apa ye dengan duit ini?

NEURO ePENJANA 

Ok jujurlah, siapa baru download aplikasi MySejahtera? Apa pulak neuro-neuro ini? Kalau RM50 tidak diberikan, memang ada yang tidak mahu atau tidak "aware" untuk download aplikasi MySejahtera yang digunakan dalam mengawal pergerakan seterusnya dalam memudahkan kita untuk mengesan kes Covid-19 di Malaysia.

RM50 boleh dikatakan sebagai ganjaran (rewards) yang anda dapat dengan adanya aplikasi MySejahtera dan boleh tebus dengan aplikasi tertentu, yang ramai guna Touch'n Go eWallet dan sebagainya. Menjadi kaitan dalam psikologi manusia dalam korpus kajian Neurobehaviour dimana RM50 telah menjadi sebagai Positive Rewards (Reinforcement Learning) dalam mengubah tingkah-laku (behaviour) kita yang mendorong anda semua untuk download aplikasi MySejahtera dan shopping!

BELANJA ePENJANA

RM50 juga menjadi satu ganjaran yang menyebabkan anda membeli atau berbelanja dalam masa tertentu dan ini boleh membantu peniaga dan sedikit-sebanyak meningkatkan ekonomi negara Malaysia. Bukan anda sahaja okay yang berbelanja, bayangkan jutaan rakyat Malaysia.

Syabas diucapkan atas inisiatif ini dan marilah kita sama-sama berdoa agar wabak Covid-19 ini berlalu dengan sepenuhnya dari Malaysia dan seluruh dunia amnya.


Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.