BENGKAK OTAK BRUCE LEE
Siapa tidak kenal lagenda seni mempertahankan diri Bruce Lee. Walaupun anda bukan seorang peminat seni mempertahankan diri. Sepanjang hidup, Bruce Lee dikatakan mengalami bengkak otak (swelling brain) atau nama saintifiknya cerebral edema.
CERITA TENTANG BENGKAK OTAK BRUCE LEE
Ok, otak kita ada beberapa tapisan sebelum sesuatu bahan aktif dalam ubat boleh masuk atau tidak dalam otak kita. Fungsi otak itu diambil oleh "Blood Brain Barrier". Ada laporan yang mendiang Bruce Lee ini mengambil ubat yang boleh mengurangkan kebengkakkan otak iaitu mannitol.
Selain itu, dia juga ada ambil lagi beberapa ubatan yang lain termasuklah painkiller Equagesic. Ada yang kata dia alahan kepada ubat tersebut. Sebelum makan ubat Equagesic itu, dia ada makan lagi ubatan penenang otot (muscle-relaxant) yang dia ambil sejak tahun 1968 lagi.
Ini kerana, dia kan banyak buat aksi lasak dan seni mempertahankan diri, jadi ubat penenang otot itu untuk bantu kesakitan pecah cakera (pelik weehh bila translate BM....lol...) dibahagian belakang badan dia....dalam BI pecah cakera, ruptured disc. Jadi malam kejadian itu, dia ada juga ambil ubat penenang otot itu dan juga antibiotik sebab dia mengadu sakit kepala juga pada malam tragedi itu.
Pada tahun 1970 pula dia ada ambil cortisone disebabkan kecacatan angkat berat dan dia sakit dibahagian belakang juga.
Yang terbaru, ada pernyataan yang mengatakan bahawa akibat daripada terlalu melakukan aktiviti lasak atau terlebih had diri, sakit bengkak otak yang dialami mendiang Bruce Lee ini lebih teruk dan ditambah dengan strok haba.
Pada tahun 1972 pula, dia ada membuat pembedahan pembuangan kelenjar peluh ketiak katanya peluh yang keluar dari ketiak itu tidak fotogenik dalam filem! Whattt! kan. Jadi ini menyebabkan badan mendiang Bruce Lee jadi terlalu panaslah dan merumitkan keadaan strok haba dan memburukkan lagi sakit yang dia memang sudah alami iaitu cerebral edema.
Post a Comment