MEMORI EPISODIC #THROWBACK
Throwback kejap gambar masa sekolah rendah sebab entah macam mana terjumpa gambar ini nasib tak comot. LOL. Episodic memory bagi memori jangka panjang dalam otakku ini. Aku banyak lost contact dengan kawan sekolah weh... masa universiti dulu pun sama. Master aku 7 orang sahaja batch aku dulu antara batch yang terawal, Batch 2. So? Kalau kawan aku terbaca entri blog ini minta komen hehe gambar spontan aku edit ini.
MEMORI EPISODIC DAN OTAK
Memori yang melibatkan kawasan medial temporal lobe, middle diencephalon dan neocortex especially prefrontal cortex.
Sekolah rendah sahaja jadi pengawas sekolah, masuk menengah aku memang nak jadi pengawas tetapi tak dapat, jadi aku masuk badan Pembimbing Rakan Sebaya ala kaunselor untuk pelajar alah korang mesti tahu kan.
Lagi memori sekolah rendah aku tak banyak selain daripada dapat jadi pengawas LOL dan aku ada masuk pancaragam sekolah, aku main alat muzik melodian tapi aku part yang tambah-tambah bunga sikit dalam lagu itu.
Kiranya macam aku bukan main lagu tapi aku diberi note muzik aku tak ingat istilah dia ridden ek? Aku ingat sebutan tapi ejaan tak pasti, ridden kot. Haha.
MEMORI SEKOLAH MENENGAH
Memori sekolah menengah pula lebih kepada penglibatan aku dalam ko-kurikulum yang sangat best dan aku bukanlah kaki sukan. Aku banyak masuk pertandingan macam mendeklamasikan sajak, dimana pertandingan pertama aku baca sajak yang aku dapat johan peringkat daerah. Tak sangka langsung!
Aku ingat lagi sajak yang aku baca itu dia bukan aku menceritakan pasal orang lain, tetapi struktur, ayat dan gaya bahasa dia aku yang kena baca dan berlakon seolah-olah aku dalam sajak itu. Tema anti-dadah.
Lepas itu, aku mula aktif dari tingkatan 3, 4 dan masuk tingkatan 5 aku slow down sebab nak fokus SPM. Bila cikgu dah nampak bakat aku, aku masuk pula syarahan agama guys! tingkatan 4 dan 5 aku naib johan pasal aku kalah pada pesaing aku yang sama 2 tahun berturut-turut dan pesaing aku itu cakap ala-ustazah LOL.
Lepas itu, sibuk lagi ini nak fokus pertandingan bahas ala parlimen pula dan aku juga masuk pertandingan pantun tingkatan 4 sahaja, aku terpaksa tolak jadi wakil sekolah pertandingan pantun tingkatan 5 sebab waktu pertandingan agak sama atau sama dengan pertandingan syarahan agama aku dan bahas ala parlimen jadi, aku taku tak boleh bagi komitmen dan aku lepaskan yang pantun itu. Cikgu aku macam sedih hehe perasan tapi betul sebab cikgu kena cari pengganti aku pula masa itu.
Setakat ini dulu perkongsian memori aku untuk kali ini! Terima kasih sudi baca blog Neuron Nazeerah. Ada banyak lagi entri rahsia hehe dan menarik yang aku akan sediakan termasuk tips aku share dekat blog ini ok. Ada komen atau cadangan boleh komen aku atau email nazeerah@youthneuro.org
Post a Comment