Header Ads

TIPS DIET SIMPLE BEGINNER #BOLEHLAH PENDAPAT AMATUR AJE!

Tips diet ok merangkap tips kurus. Diet ini lebih kepada kesihatan dan mendapatkan berat badan yang ideal untuk sihat terutamanya. Berdasarkan pengalaman dan sekeliling. Kalau anda jenis yang tak berapa nak bersenam (ada orang macam ni tau), jadi fokuskan kepada pemakanan dahulu kan! Trainer professional pun banyak tekankan bab pemakanan.

Nazeerah avatar
Saja nak tunjuk Naz punya Facebook avatar! LOL. Tahi lalat kat dagu sebelah kiri ok. Hehe.

Buat secara sedikit dan konsisten lepas itu barulah buat langkah lain pula. Naz bagi contoh, kita ini orang Malaysia jadi nasi tak boleh lari secara general tak termasuk kalau ada yang jenis kurang makan nasi sejak azali oklah itu diaorang punya pasal lah...hehe.

Jadi, diet ambik je nasi cuma ambik dalam kuantiti yang sedikit, separuh dulu lama-lama langkah dipertingkatkan makan suku nasi, protein dan sayur. Itu dulu tak perlu overthingking diet atkins bagai kalau yang basic ini pun tak boleh ikut...Ini penting untuk disiplin diri korang. Otak nak kena jaga juga tak boleh stress kang hormon kacau tetiba makan banyak rugilah usaha kita.

Lepas itu air manis! Ok Naz susah nak tinggal ini BUT! Serius now dah boleh adapt guys bak kata manusia "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". Naz dah boleh go on dengan air tanpa gula ye lah peminat kopi katankan. Ok then tinggal nak konsisten sahaja.

Diet ini bukan hari ini jaga makan esok lusa seminggu dah kurus ia secara berterusan. It's ok kalau yang beginner nak diet ini masih nampak berisi lagi sebab hanya anda yang tahu usaha dalaman korang kan? Lama-lama diet secara sihat ini akan mendatangkan hasil.

Tak perlu order ubat kurus ke apa. Oh ya, yang sihat lagi macam ada yang makan whole food, whole food ini macam contoh senang sayur, buah, ikan, ayam yang tak diproses lagi contohnya, kalau korang nak makan lobak merah, makan je bukan beli dalam packaging dried ke, atau tablet. Ada juga istilah "Eat clean" haaa itulah dia.

Bagi yang belum maklum tentang apa itu whole food ok. Lagi murah kan! Serius senang nak amal. Fikir senang jadi senang.

KESIMPULAN TIPS DIET AMATUR NAZEERAH Hi5!

Neuron Nazeerah signature avatar
Hi5! Nazeerah's signature avatar

  1. Makan nasi separuh atau suku
  2. Amalakan air putih
  3. Minum air tanpa gula
  4. Makan whole food-based/ makanan yang tidak diproses
  5. Makan malam sebelum pukul 8 (in case korang puasa sesuai juga) & konsisten


Selamat mencuba dan beramal! Cuba ini dulu.





Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.