Header Ads

ROKOKLAH LAGI KALAU NAK.....EEUUWWWWW

Rokok dan otak tak boleh ngam ok. Bahaya rokok kepada otak ini walau 1001 kali orang nasihat masih ada yang merokok ataupun shisha. Rokok dah shisha pun dah difatwakan haram sebab ianya memudaratkan (boleh rujuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia). 

KESAN ROKOK PADA OTAK

Kajian saintifik membuktikan sudah lama pun kajian! Kajian itu mengatakan bahawa tembakau yang terdapat dalam rokok ada kandungan nicotine-derived nitrosamine ketone (NNK). NNK ini bahan kimia yang boleh mematikan sel-sel otak. Yang merokok satu hal yang penghidu pun kena itu yang geram kan kalau nak merokok pi jauh-jauh.

Bahan kimia NNK ini boleh memasuki badan apabila anda merokok dan menghidu asap rokok ataupun semasa mengunyah tembakau. Boleh rajinkan diri baca laporan dari Journal  of Neurochemistry, 2009 dan juga laporan saintifik ini

Bahan kimia nikotin yang selalu kita dengar ini juga boleh merosakkan otak. Nikotin boleh mematikan sel-sel otak anda dan juga menghalang petumbuhan sel-sel yang baru, makanya tumbesaran otak terganggu dan otak tidak dapat berkembang dengan sempurna dan mungkin boleh menyebabkan kecacatan otak. Boleh juga baca laporan saintik Journal of Neuroscience, 2002

Sebenarnya banyak aje kajian lagi, nanti penuh pula link nak bagi korang baca. LOL. Bak kata pepatah "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Jangan jadi sampai nasi sudah jadi bubur baru nak berubah.

Oh! Ya! Kalau ada yang nak tanya pasal keahlian Kelab Brain Bae boleh email terus ke nazeerah@youthneuro.org atau boleh rujuk link ini.





Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.