Header Ads

BOLEH KE ELON MUSK DENGAN NEURALINK INI?

Elon Musk baru-baru ini, dia baru test chip kepada otak khinzir. Masa awal tahun 2020 dia baru umum kot pasal Neuralink ini. Kajian neurosains ini dikatakan untuk membantu perawatan penyakit nyanyuk atau nama selalu juga korang dengar, Alzheimer, dementia dan juga kecederaan saraf tunjang. 

UJIAN NEURALINK KEATAS OTAK KHINZIR

Ujian awal Neuralink ini, dia buat pada khinzir sebelum dikaji ke atas manusia, mesti kena sama apa yang diletakkan dalam otak khinzir itu, barulah dibuat kepada manusia. Ujian ke atas manusia katanya nak dibuat hujung tahun ini. 

Saiz chip itu katanya dalam lebih kurang 23mm (0.9 inch), untuk ukuran diameternya. Bila letak dalam otak, kena ada kajian lagi panjang untuk nak pastikan jangka hayat cip itu pula. 


NEURALINK KEPADA MANUSIA?

Masih diperingkat awal untuk dilancarkan kepada manusia. Neuralink ini juga katanya boleh meningkatkan kefahaman dan kebolehkesanan lagi tepat dalam kajian melibatkan Brain-Computer Interface (BCI). Sebagai contoh kajian nak baca gelombang otak (brain waves) supaya boleh dedahkan lagi dengan lebih mendalam dalam kewujudan atau kejadian sesuatu penyakit.

Banyak juga pembiayaan yang mereka dapat dalam $158 million, lepas itu dari Elon Musk juga ada dalam $100 million, pekerja dalam 100 orang.

Kerja tanam implant dalam otak ini, sudah ada pun yang dilakukan dalam syarikat perubatan yang membekalkan teknologi dalam perubatan, contohnya implant otak dalam perawatan penyakit sawan babi (epilepsy) dan parkinson.

Nak buat kena ada banyak penglibatan pakar-pakar lain sebab tidak semua jenis penyakit boleh dan kena rujuk kepada fungsi implant otak itu juga apa yang boleh dilakukan dalam otak manusia.

Nak tahu yang terkini dan akan datang, kena update dari masa ke masa kalau ada masa. 


Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.