Header Ads

Macam Mana Plan Korang? Sudah Separuh Tahun 2023?

Awal bulan Januari 2023 sampailah now bulan Mei 2023, barulah ada hidayah nak tulis blog sikit-sikit sebab banyak betul dugaan starting januari-mei. Hmmmm. Tak nak cerita semua kan. Hehe. Bulan Ramadhan Naz boleh katakan sibuk dengan kerja dan belajar. Jadi, bulan Mei ini nak fokus belajar more sebab banyak tugasan penting dan kritikal tarikh yang perlu diberi perhatian.


Plan Setengah Tahun 2023

Masuk pertengahan tahun 2023 ini, sudah tak ada masa nak enjoy lebih-lebih dan tidak fokus! Sebab masa itu sangat mencemburui kita sebagai manusia. Projek study Naz sudah perlu dilaksanakan bukan hanya teori dah ni dan perlu ada result untuk menilai apakah hasilnya.

Walau bagaimana besar atau kecil pun masalah yang kita hadapi, tenangkan hati dan bergantung harap kepada-NYA itu yang TERBAIK dan penting. Kadang-kadang, kita perlu keluar daripada zon selesa kita untuk mengatasi sesuatu masalah dan mencapai impian kita. Bukan hanya tertumpu kepada satu penyelesaian masalah sahaja.

Naz ada satu FB, yang fokus kepada niaga sahaja, kalau korang sudi boleh follow link kat bawah ni ya.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.