Minda Sihat - Blog Neuron Nazeerah
Nak share pasal snek sihat yang Naz selalu makan sebenarnya. Tajuk sangattt kan minda sihat tu. Sebenarnya korang, yang sihat itu tak semestinya mahal. Kena ubah persepsi. Korang suka makan snek yang macam mana? Naz nak kongsi snek sihat dan murah Naz selalu kunyah time duduk rumah atau kemana-mana sahaja. Simple. Lebih-lebih lagi bagus untuk minda korang.
Ya, kuaci yang ada kulit malas nak kupas, nah... ada sahaja sebalang kuaci / roasted sunflower seeds/ kacang bunga matahari panggang yang sudah siap, tinggal makan sahaja. Siapa yang dah beli dan suka kacang ini? Sudah-sudahlah makan jajan yang tak berkhasiat ya.
Haaa, kombinasi yang gambar kat atas ini, Naz suka teruk...makan segala bagai jenis kacang dengan teh bunga (panas) tanpa gula. Balang besar itu, kacang wanut (macam keratan rentas saraf tunjang kan) yang dekat sebelah itu ada campuran kacang biji labu (warna hijau), badam, pistachio dan gajus.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Post a Comment