Header Ads

Kesan Dunning-Kruger Yang Perlu Anda Tahu - Blog Neuron Nazeerah

Terfikir nak kongsi tentang kesan Dunning-Kruger (DK) ini, bila ternampak satu post pasal benda ni la...hehe. Memang banyak yang kupas pasal benda ini, DK ini salah satu daripada bias kognitif manusia. 

Kesan Dunning-Kruger Yang Perlu Anda Tahu Blog Neuron Nazeerah

Lagi Tentang Kesan Dunning-Kruger (DK)

DK ini merujuk kepada kecenderungan bagi individu yang tidak mahir untuk menilai atau melebihkan kemampuan mereka sendiri dan juga, kecenderungan para pakar (yang mahir) untuk meremehkan atau merendahkan kemampuan mereka sendiri. 

Bias kognitif ini adalah corak penyimpangan sistematik dari norma dan / atau rasional dalam penilaian. Mereka sering dipelajari dalam bidang psikologi dan ekonomi tingkah laku. Biasalah, dalam DK ini ada yang setuju dan tak setuju, walaupun ada dibuktikan dengan kajian saintifik.

Bahasa mudah ada 2 elemen tau, DK ini merujuk kepada seseorang yang tak mahir, dia rasa mahir (overestimate) dan seseorang yang mahir, dia rasa dia tak mahir (underestimate). Sebab Naz baca, ada yang kupas pasal DK ini dari satu sudut iaitu yang overestimate diri-sendiri sahaja.

Tapi, korang sendiri pernah jumpa tak orang yang terover yakin ni? LOL.
Susah juga bagi mereka yang ada DK ini pasal mereka boleh dikatakan tidak mahu mengambil pendapat orang lain yang lebih arif daripadanya. 

Selain itu, DK ini cenderung untuk melebih-lebihkan kemampuan diri-sendiri, mungkin lebih parah jika terlalu ingin mengekalkan kedudukan dalam apa jua keadaan secara tak munasabah. 

DK ini juga kadang-kadang tidak dapat menerima kegagalan dan kelemahan diri-sendiri dan tak nak mengaku salah dan merendah-rendahkan kemampuan orang lain. Bila mereka tak boleh dikritik, makanya bagaimanakah mereka boleh memperbaiki diri? 

Korelasi Neuron dan Memori Bagi DK 

Secara ringkas, kajian yang dilakukan oleh Muller dan rakan-rakan (Muller et al., 2020) dia membuat kesimpulan yang ingatan/memori episodik memainkan peranan penting dalam penilaian metakognitif mengenai kelebihan ilusi.

Mesti korang nak tahu, ini sedikit teknikal Naz nak terangkan sikittt jerrr... memori kita ada 2 jenis, memori jangka pendek dan memori jangka lama. Memori episodik itu bawah memori jangka panjang. Bawah memori jangka panjang ada 2 kategori utama iaitu memori semantik dan memori episodik itu lah.

Jadi, secara ringkas, contoh memori episodik ini, melibatkan pengalaman kita, manakala contoh memori semantik ini, seperti fakta. Muller dan rakan-rakan buat kajian jumpa satu komponen yang ada korelasi dengan orang yang ada DK ini iaitu FN400. FN400 ini macam nama khas untuk gelombang/signal otak yang wujudlah, bila mereka buat eksperimen untuk kaji DK ini.

Penutup

Kalau ada komen, cadangan boleh komen kat bawah. Naz mengalu-alukan sekiranya ada kesilapan (sekiranya ada). Jumpa lagi dientri yang akan datang. Jangan lupa like, komen, share post ini semoga lebih ramai mendapat manfaat!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.