Header Ads

Entri Spontan Khas Romadhon Jangan Pergi! Oh! Aidilfitri- Blog Neuron Nazeerah

Ok, entri santai Naz terfikir nak tulis tentang makanan yang Naz dan berpuluh tahun tak makan...yes, seafood. Makan ikan, ayam, telur lah entiti protein haiwan selama ini ya. Tapi, korang tau tak yang protein ini, ada juga dalam sayur dan buah kan? Time tulislah tak ada idea...adoi.

neuron nazeerah official blog


Kenapa Tak Makan Makanan Laut (Seafood) ?

Naz tak makan seafood masa sekolah rendah lagi sebab rasa tak best dan tak masuk dengan darah (ambik kau explanation LOL), ada yang sama ke? In case kalau korang tak makan seafood tapi masih boleh makan salah satu samada sotong, udang atau ketam itu baguslah...oh lobster apatah lagi.

Jadi, kalau masakan yang ada elemen seafood memang Naz tak ambil dan masak sendiri versi bukan makanan laut. Habis tu, kalau teringin nak bermakanan laut, Naz boleh lagilah makan kerang, kupang, lala/kepah (syukur).

Makanan yang diproses kalau boleh elakkan sekiranya korang pun macam Naz, jenis yang tak makan seafood. Makanan proses macam daging ketam/udang tiruan. Susah nak hadam (digestion) dan tak elok untuk brain-gut korang. Kadang-kadang boleh, tapi janganlah setiap hari.

Kalau makan makanan proses, sebolehnya ada sayur, kalau tak ada sayur kan, Naz akan makan bawang sebab kalau sayur layu ke, bawang ini beli dan tahan lama, jadi tak rasa bersalah sikit makan makanan "jahat" cover dengan bawang. Hehe.

Kalau tak boleh ulam bawang mentah, boleh lah tumis sikit bawang itu jangan lama-lama nanti hilang khasiat, jadi boleh makan dengan protein pilihan korang.

Makanan dan Jenis Darah

Darah Naz jenis B+ jadi, kalau tak kupas dari segi saintifik pun, kita macam dah boleh tahu kan ada setiap orang suka makan ini tapi kita tak suka, jadi citarasa berbeza-beza. Ada yang sama macam kita dan ada yang tak. 

Harap entri santai Naz kali ini, bagi manfaat kat korang supaya jangan amalkan makanan proses, minum air putih dan makan sayur/buah (yang korang senag dapat) seperti timun, bawang dan seumpamanya dalam menjaga kesihatan badan. Insya-Allah.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.