Jaga-Jaga Dengan Kepelbagaian Teknik Pemasaran - Blog Neuron Nazeerah
Sebagai orang Islam...kita ada peraturan dalam berniaga, seperti jangan menipu timbangan. Apa jua teknik pemasaran perlulah tidak bertentangan dengan ajaran Islam, barulah rezeki kita berkat.
Anda tau tak apa teknik yang boleh dikategorikan sebagai menipu? Jangan pula keliru dengan teknik mantap dengan teknik yang tak ok lah sebagai umat Islam. Teknik yang menipu TIADA dalam senarai teknik dan strategi pemasaran berbentuk neuromarketing. Ada yang kita selalu baca dan lihat. Jom baca.
Nak lagi nasihat boleh rujuk pakar muamalat, kewangan islam dan sebagainya yerr semua in detail hehe. Ok, pernah dengar tak tenang deceptive marketing, false advertising atau deceptive ads? Sesuatu iklan perlulah bersifat telus dan betul dalam pemasaran atau perniagaan.
Dalam melariskan jualan, orang macam terlepas pandang samada ini teknik atau penipuan. Tapi ada yang sudah buat, samada bisnes besar mahupun kecil.
Antara Istilah dan Fakta Popular Dalam Pemasaran Deceptive
- Tiada bahan kimia .
- "Last Even Longer" bagi penjualan bateri yang tidak tahan lama.
- Losyen yang dapat menguruskan badan.
- Susu yang membantu perkembangan otak dan mata bayi.
- Produk diet tetapi mengadungi bahan yang tidak sihat dan kononnya mendapat pengesahan sah daripada badan yang ada kewibawaan.
- Produk kumur mulut yang menyatakan boleh mencegah dan menyembuhkan sakit tekak sekali.
- Produk air minuman diet tetapi mengandungi banyak gula!
- Produk yang tiada pengesahan syarikat klinikal yang sah dan bertauliah.
- Produk tiruan yang lebih kuah dari nasi dimana mendakwa produk boleh jadi seperti yang asal walaupun...hmmm tiruan kan masih!
- Tidak menyatakan bayaran yang JELAS kepada sesuatu produk atau lebih kepada penjualan yang ada cas tersembunyi yang pelanggan tidak tahu.
- Menyalahgunakan perkataan "free" contohnya, beli 1 dapat percuma 1 ...ek? Huhu. Nak bagi free bagi dengan cara yang betullah kan.
- Menyorok barang dengan niat nak naikkan harga selepas itu mereka turunkan balik harga.
- Menipu timbangan (ini bahaya), contohnya nak naikkan sesuatu berat daging, mereka boleh cucuk cecair.
- Menyalahgunakan bahan atau gambar pemasaran. Tunjuk lain, dapat lain...atau tunjuk meriah dapat tak meriah. LOL! Ya, betul gambar kena edit bagi nak nampak wow...tapi janganlah keterlaluan kan?
- Mewarna makanan...dah kalau makanan diwarna dengan bahan kimia yang bahaya pulak tu? Macam mana? Baik jual yang original.
- Menyalahgunakan perkataan "natural" atau semulajadi.
- Membandingkan produk kita lagi baik dengan produk yang dah sah-sah tak ok atau ayat tidak lengkap. Contohnya, kalau produk kita lagi bagus, nyatakan apa itu yang bagus? Bukan hanya cakap produk A lagi bagus dari produk B macam itu jerr.
- Produk yang terlebih gebang. Contoh, masukkan sedikit sahaja vitamin dia dah cakap kalah mak cik bawang belakang rumah....
- Umpan salah dan tukar produk. Kalau dah habis cakap dan bukannya mengiklankan satu produk dan menggantikan produk serupa dengan harga yang lebih tinggi, dengan mendakwa produk yang diiklankan tidak tersedia atau habis dijual.
- Produk tak persetujuan (consent). Bukan buat kajian yang melibatkan orang sahaja kena ada borang consent. Ini macam Ini merujuk kepada kontrak di mana pengguna mesti memilih untuk tidak memilih perkhidmatan atau ciri dan jika tidak, mereka akan dikenakan bayaran untuknya.
Apa Jadi Kalau Buat Pemasaran Penipuan Ini?
Samanlah apa lagi. Memberi impak kepada perniagaan, kepercayaan orang terhadap sesuatu jenama.
Sudah ada pun ok, syarikat yang dah disaman. Mungkin korang tak baca nak-nak lagi kalau syarikat luar negara. Kalau cakna berita seluruh dunia haaa baguslah itu...auto tahu segala benda.
Nak senarai lagi mungkin tak habis cuma kita sebagai pembeli dan pengguna yang bijak haruslah tahu membezakan yang baik dan buruk, salah dan benar.
Semoga bermanfaat! Jumpa lagi entri yang akan datang. Jangan lupa masuk youtube channel Neuron Nazeerah dan subscribe ada peluang dan ruang menarik menanti subscriber Neuron Nazeerah sahaja!
Post a Comment