Hadiah Kepada Semua Yang Mahukan Ilmu Tak Ramai Kongsi! - Blog Neuron Nazeerah
Terlebih dahulu, Naz minta maaf kalau perkongsian video ini ada kekurangan, korang bagi chance Naz membebel ok. Kalau ada kelemahan, Naz akan baiki dari semasa ke semasa. Naz tergerak hati nak kongsi sebab ilmu ini Naz tahu jadi, bila Naz tengok ada peniaga yang buat, mereka jerr lah yang tahu disebalik tabir.
Kekadang ada yang buat kesilapan mungkin mereka tak tahu. Jadi ada yang cepat give-up. Ingat, usaha itu tangga kejayaan dan Allah (S.W.T) nampak usaha kita. Kalau Dia tak bagi direct, Dia bagi secara kita tak sedar. Jadi sebab itu kita perlu selalu bersyukur, sebut Alhamdulillah.
Korang boleh support juga dan subscribe YouTube channel Naz atau Like dan Follow Facebook Naz, jadi Naz tahu ada orang yang nak tahu ilmu Neuromarketing ini dengan lebih mendalam! Jadi, Naz akan lebih komited untuk bongkar lebih 100 strategi teknik, rahsia dan tips kepada korang yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan. Beza Naz, segala fakta, ada bukti dengan kajian tingkah laku pembelian yang telah mencanak naik selepas dibuktikan dengan teknik #neuromarketing ini samada offline atau online. Jadi, kita tak cakap sahaja kita "walk the talk".
Hadiah Eksklusif Perkongsian Neuron Nazeerah
Naz lancarkan siri baru dengan tema Siri Tudung Mak Cik Kelabu. Bagi mereka yang nak tahu apa itu elemen-elemen dalam teknik pemasaran Neuromarketing a.k.a Neuromarketing 101. Jadi, sepanjang siri ini Naz akan pakai Tudung Mak Cik Kelabu. LOL! Jangan salah anggap pulak yerr.. Naz tak ada tudung lain..hahaha. Akan ada banyak video dalam Slot Bebel Neuron Nazeerah di YouTube channel dan Facebook page nanti!
Korang digalakkan pakai headphone atau earphone kalau nak dengar lebih jelas tapi Naz rasa dah jelas kot kalau apa-apa Naz akan baiki kekurangan dari semasa ke semasa. Ok, selamat menonton dan semoga bermanfaat!
Post a Comment