Header Ads

Perkembangan Terbaru Eksperimen Elon Musk Projek Neuralink - Blog Neuron Nazeerah

Bagi yang belum tahu Neuralink adalah projek team Elon Musk dan beberapa neurosaintis, doktor perubatan pakar neurologi dan pakar-pakar berkaitan untuk menghasilkan cip atau macam implan yang kecil tanpa wayar yang mengandungi ribuan elektrod kecil untuk ditanam dalam kepala pesakit yang masih tiada ubat sehingga sekarang iaitu penyakit Alzheimer, dementia dan kecederaan saraf dan menyatukan manusia dengan kecerdasan buatan (artificial intelligence). 

Perkembangan Terbaru Eksperimen Elon Musk Projek Neuralink - Blog Neuron Nazeerah

Lagi Tentang Projek Neuralink

Diasaskan pada tahun 2016, kira macam projek startup neurosains Elon Musk jugak lah. Baru-baru ini dia ada upload rakaman video dekat twitter menunjukkan macaque monkey subjek yang digunakan dalam eksperiman tersebut. 

Dalam kajian, macaque monkey ini biasa digunakan sebab ciri-ciri sama macam manusia. Ada sebab banyak eksperimen guna macaque monkey ini. 

Dalam video berdurasi 3 minit itu, macaque monkey bermain permainan video game menggunakan implan brain-computer interface. Maksudnya, implan sudah ditanam dalam kepala macaque monkey itu pada bahagian kedua-dua belah sisi kepala dan macaque monkey yang diberi nama Pager (monyet jantan) menggunakan joystick (kayu ria) untuk mengikut petunjuk atau cursor di skrin komputer.

Jadi, mereka ambil atau baca (decode) data daripada eksperimen tersebut daripada bacaan yang direkodkan daripada elektrode lebih daipada 2000 yang ditanam itu. Mereka ambil dekat bahagian otak yang aktif bila ada pergerakan dinamakan sebagai motor cortex sebab Pager menggerakkan tangan dan lengan.

Dengan menggunakan data itu, mereka mengkalibrasi penyahkod dengan memodelkan secara matematik hubungan antara corak aktiviti saraf dan pergerakan kayu ria yang mereka hasilkan. Setelah hanya beberapa minit kalibrasi dilakukan, mereka dapat menggunakan output dari penyahkod untuk menggerakkan kursor dan bukannya kayu ria.

Selepas itu, bila saintis cabut kayu ria itu, Pager dikatakan mengawal sepenuhnya dengan aktiviti saraf yang disahkod. Tambahan pula bila Pager bermain game Mind Pong (LOL nama lain bagi ping pong kot), Pager mengendalikan pendayungnya dengan hanya memikirkan untuk menggerakkan tangannya ke atas atau ke bawah. 

Elon Musk kata yang Pager bermain sepenuhnya dengan kehendak sendiri disebabkan Neuralink berfungsi untuk merakam dan menyahkod (decoding) isyarat elektrik dari otak. 

Penutup

Tak tahu lah kesahihan eksperimen ini sebab hanya ditunjukkan 3 minit video sahaja. Tengok apakah hasil dapatan kajian Neuralink ini dari semasa ke semasa macam mana ia dapat dikembangkan dan seterusnya menjadi realiti macam Tesla dan SpaceX.

Semoga dapat ilmu baru dan bermanfaat buat semua dan jangan lupa tekan butang share kat bawah supaya lebih ramai dapat manfaat dan inspirasi dari eksperimen sains dan teknologi ini.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.