Hikmah Solat Untuk Otak Yang Kita Perlu Tahu - Blog Neuron Nazeerah
Kita solat kerana Allah (S.W.T). Solat ada peraturan yang perlu kita patuhi. Solat juga amalan pertama yang akan dihisab kelak. Islam itu meliputi kehidupan harian kita. Jom baca apa kebaikan solat kepada kesihatan otak kita. Kejap jer. Hehe.
Solat dan Kebaikan Untuk Kesihatan Otak
Kedudukan sujud memberikan satu impak graviti yang baik kepada otak. Otak perlu oksigen. Oksigen yang dibekalkan kepada otak sewaktu sujud dikatakan lebih tinggi berbanding aktiviti harian manusia yang biasa.
Darah dapat mengalir ke otak dengan baik semasa sujud. Aktiviti otak sewaktu sujud juga lebih aktif. Berapa kali kita sujud dalam sehari? Dah sah-sah kita dapat meningkatkan kadar kemampuan otak setiap hari kan?
Otak ada jenis-jenis gelombang tertentu juga, Naz ada kupas sebelum ini dalam entri lalu disini. Salah satu gelombang asas otak ialah alpha. Aktiviti gelombang alpha otak pada waktu sujud sangat jelas kelihatan jika dibaca melalui mesin EEG. Gelombang alpha ini lebih kepada daya fokus dan ketenangan minda. Lepas solat pun gelombang otak jadi cantik.
Selalu kita tengok ada juga orang bukan Islam buat senaman yoga dan sebagainya. Mereka macam senaman dalam bentuk yoga untuk relaks kan minda. Menakjubkan betul bila solat kita cukup dalam bermeditasi atau sesuatu aktiviti nak buat kita relaks.
Waktu tidur, gelombang kita akan bertukar dan ada beberapa fasa yang juga Naz ada kupas dalam entri bertajuk "Apa Jadi Pada Otak Haiwan Masa Proses Sembelihan?". Salah satu gelombang yang muncul masa kita dah nak terlena iaitu gelombang theta. Jadi, solat dapat bagi kita ketenangan dan dapat mengawal tekanan. Orang kata kalau marah, pergi ambil wudhuk, kalau tak ok lagi, solat kan? Buat ke tak ni? Hehe.
Semoga bermanfaat!
Post a Comment