APA JADI PADA OTAK HAIWAN MASA PROSES SEMBELIHAN?
Ada sebab mengapa Allah menyuruh hamba-Nya melaksanakan ibadah korban. Sesiapa yang hardcore vegetarian itu kalau Muslim, Naz expect korang tahu lah kan. Menghormati agama satu-sama lain itu mesti ingat. Haiwan yang disembelih diaorang tak sakit pun. Entri campur BM dan BI ye aduh susah nak italic bagai dan istilah sains sikit ya ampunnn DBP! Hehe.
OTAK DALAM FASA DEEP SLEEP
Sembelihan teknik islam itu saintifik. Mana boleh seksa haiwan sebelum nak sembelih kan. Otak haiwan dalam tempoh permulaan 3 saat menunjukkan bacaan EEG yang berada dalam tidur yang nyenyak! Eh, macam mana nak tahu? Teruskan baca.
Pattern/corak gelombang otak manusia ada spesifik semasa kita jaga dan tidur. Tidur pula ada banyak peringkat pun ada pattern yang tertentu. Secara ringkas tidur manusia ada 2 peringkat utama, pertama non-REM dan kedua, REM. REM adalah Rapid Eye Movement (REM).
Non-REM pula ada 3 fasa. Yang deep sleep itu berada dalam fasa ketiga tidur non-REM. Non-REM fasa 1 ini bila korang start nak tidur macam tak lena lagilah. Fasa 2 pula bila korang dah start tidur ringan (light sleep) otot, pernafasan start to slown dan dan lebih relaks. Fasa 3 pula bila deep sleep berlaku maknanya korang dah lena dan susah nak kejutkan korang LOL. Nak bagitahu yang haiwan sembelihan masa ini mereka tidak rasa apa. REM sleep pula bila korang dah dalam 90 minit lepas korang lena sampailah korang bangun pagi.
OTAK HAIWAN MASA PROSES SEMBELIHAN
Dah ada kajian yang dibuat pun pasal benda ini Professor Wilhelm Schulze dan Dr. Hazim (boleh google). Mereka ukur gelombang otak pakai EEG dan denyutan jantung guna ECG.
Bacaan EEG masa 3 saat pertama yang menunjukkan dalam keadaan deep sleep itu berlaku disebabkan pendarahan yang berlaku selepas proses penyembelihan. Selepas beberapa saat lagi berlalu, akitiviti otak menjadi zero. Faham kan?
Ok, Naz bagi ayat mudah, masa disembelih tu haiwan dah dalam deep sleep dah selepas sembelih pula, aktiviti otak lagi relaks pulak tu ke zero dan tak menunjukkan apa-apa macam otak haiwan itu tetiba trigger secara mengejut ke apa mereka dikorbankan dengan proses yang sungguh tenang. Allahuakbar!
Setakat ini dulu, entri ringkas kali ini dan jangan lupa follow email Naz supaya bila entri baru terus masuk ke email anda. Komen sikit say Salam/Hi! Kongsikan juga entri Naz ini agar semua dapat manfaat. Semoga Allah (S.W.T), sentiasa memberkati pembaca blog Neuron Nazeerah. Ameen! Jumpa lagi lain entri!
Post a Comment