APA JADI DENGAN TAHUN 2020 KORANG ?
Nampak gayanya tahun 2021 masih bergelut dengan pandemik COVID-19 lah kan. Tetapi life must goes on guys. Semoga vaksin yang berkesan adalah nanti. Tahun 2020 menjadi sejarah buat semua penduduk dunia.
AMBILLAH YANG POSITIF DAN BAIK
Naz suka bila benda jadi online yang memudahkan cara, jimat masa dan duit bila nak hadir sesuatu kursus. Pernah juga sebelum zaman covid mintak untuk ditemuduga secara virtual last-last tak boleh sebab penemuduga kata tiada virtual interview kena datang. Now, zaman covid segala benda virtual kanzzz Naz dah kedepan dahulu LOL...perasaan.
Manusia kan kadang negatif pun ada LOL. Biasalah dugaan kena terima dan muhasabah banyak bergantung kepada Allah daripada segala-galanya. Insya-Allah ada jalan penyelesaian.
Hidup ini macam graf juga ada turun naik dan graf taburan normal bell-shaped curve ada yang susah, senang dan sederhana, mana-mana, macam histogram juga ada turun dan naik.
GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG GAGAL
Ayat macam ini selalu kita dengar, so apa perancangan korang tahun depan ini semua? Buat list tak? Buat tau siap-siap beberapa hari sebelum masuk tahun 2021. Segala benda sambil baca Bismillahirrahmanirrahim. Gitu....ditutup dengan Ameen.
Apa jua impian tulis dan buat untuk direalisasikan. Tidak kisah siapa anda, kerana kita semua ada keistimewaan masing-masing. Jadi jangan berebut...hehe... Man Jadda Wa Jadda.
Rancang sekarang untuk apa anda nak capai untuk 3 atau 5 atau 10 tahun akan datang.
Post a Comment