Header Ads

5 Perkara Bukan Persiapan Ramadhan 2021 Yang Euwww - Slot Otak Kanan

Entri sempena peringatan bukan persiapan nak sambut bulan Ramadhan tahun 2021, 1442 Hijrah lagi 3 hari dari entri ini ditulis. Semoga kita semua dapat bertemu Ramadhan kali ini. Aameen.

5 Perkara Bukan Persiapan Ramadhan 2021 blog neuron nazeerah

1. Live Makan Pukul 12 Tengah Hari

Agak-agak ok nak buat video makan ke apa, tengah hari tepat 12 pulak tu. Takut nanti kata ada yang lupa sebab memang dah rutin harian buat video live makan time tu katanya. Huhu.

2. Masak Awal Untuk Berbuka Jam 9 Pagi!

Tak awal sangat ke masak time ni? Cepat basilah kan? Awal sangatt mak cik pak cik akak adik atuk nenek oi nak masak time ini, jiran boleh tertanya-tanya eh dah nak buak puasa ker atau ada bazar ramadhan baru buka ker? Huhu.

3. Main Mercun Time Orang Azan dan Terawih

Ini dah berapa kali kantoi, lagi tak serik-serik. Boleh tercabut jantung jemaah masa solat terawih dan bunyi mercun sama naik dengan laungan azan. Ha...eloklah balik ke rumah atau makan moreh awal. Huhu.

4. Leka Persiapan Raya 10 Malam Terakhir

Ini rasa rugi kalau tak grab sebanyaknya bonus yang Allah (S.W.T) nak bagi. Peringatan untuk semua termasuk saya. Zaman pandemik covid-19 ini rasa kita tak crowded sangat dah lepas itu raya bersederhana tetapi dengan penuh keberkatan. 

Kita manusia tak sempurna, baiki selagi boleh dan mampu. Jadi, boleh rancang awal-awal, tak kalut dikemudian hari.

5. Sahur Awal Lepas Itu Lapar Balik Makan 2 Kali

Sunat kan kita lewatkan sahur ni... sahur awal boleh saja tapi korang akan cepat rasa lapar end up makan lagi sebelum waktu imsak. Tak ke bertambah berat badan? Ini belum masuk waktu berbuka.

Jom detox time Ramadhan. Makan secara berhemah dan sentiasa amalkan yang ok jerr yang tak ok slow-slow tinggal.

Penutup

Semoga entri ini menjadi satu peringatan santai sahaja buat pembaca blog Neuron Nazeerah sekalian. Semoga pembaca blog ini dirahmati-Nya dan Allah (S.W.T) terima ibadat kita semua itulah kalau tak terima satu hal pulak kan. Hehe.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.